Khamis, 23 Februari 2023

FAKE NEWS TOK ARAB



Wakil rakyat bimbang remaja terpedaya penipuan tawaran belajar

REMAJA lepasan sekolah dihujani tawaran belajar di luar negara yang disyaki sindiket penipuan, kata Adun Teruntum Sim Chon Siang.

Wakil rakyat daripada Pakatan Harapan berkata pelajar dari kawasannya di Pahang juga menjadi sasaran tawaran ini yang menjanjikan pekerjaan di luar negara.

Sim memberitahu The Malaysian Insight, beliau akan membuat laporan polis berhubung tawaran ini, yang dihantar melalui mesej teks di pelbagai platform dalam talian.

Beliau berkata pelajar Tingkatan 5 dan 6 di kawasannya menerima tawaran belajar dan menjalani latihan amali di Dubai, bandar paling ramai penduduk di Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan wang saku RM1,500 sebulan.

Terdapat juga tawaran untuk bekerja dan belajar dengan tarikan ziarah percuma ke Mekah dan Madinah, katanya.

Beliau berkata ketika melawat sebuah sekolah di kawasannya untuk mengesahkan maklumat yang diterima, beberapa pelajar di sana menerima tawaran mengikuti kursus diploma “dengan program pekerjaan terus”, kebanyakan pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang mengakuinya sendiri. 

Sim berkata beliau bimbang gelombang penipuan lain.

Beliau berkata tawaran itu amat mencurigakan dan mahu polis menyiasatnya.

Sim berkata jika syarikat yang membuat tawaran menjalankan latihan pengambilan yang sah, mengapa ia tidak mendedahkan nama mereka.

“Mereka tidak mendedahkan nama syarikat.”

Apa yang membuatkan Sim lebih curiga ialah syarikat yang menghantar tawaran itu mempunyai nama pelajar yang betul.

“Saya tidak faham bagaimana mereka boleh mendapatkan nama dan nombor telefon pelajar.”

Sim berkata akan terus memaklumkan pelajar, terutamanya mereka yang bakal tamat sekolah dan masuk ke pasaran pekerjaan, berhubung kemungkinan penipuan.

“Kebanyakan pelajar di kawasan saya semua sedar tawaran pekerjaan di Singapura atau Dubai tidak boleh dipercayai.

“Tetapi apa yang saya bimbang ialah penipu itu akan beralih ke tempat lain kerana mereka terus mencari pelajar yang mungkin terpedaya dengan helah mereka.

“Ada yang tidak pernah membaca berita, walaupun dalam talian meskipun memiliki telefon.”

Beliau berkata mereka yang naif dan mudah tertipu akan terpedaya dengan penipuan itu.

Tambahnya ibu bapa perlu terus memainkan peranan dalam kehidupan anak-anak apabila mereka mula mengorak langkah seterusnya ke alam pekerjaan. – 23 Februari, 2023.

APAKAH INI

KERJA TOK ARAB

ATAU GAGAK

NIGERIA

AMIN

ATAU TIM

ANTARABANGSA

AMIN

ANAK MUDA

TERPENGARUH

MUNGKIN DGN $$$

MUNGKIN DGN

FAKE NEWS

KE MEKAH

KAH KAH KAH

SAPA ADA MAKLUMAT

BOCORKAN DALAM

MEDIA SOSIAL

TAK PERLU TUNGGU

MEDIA BEBAL

KERAJAAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wow ada juga wakil rakyat bimbang pasal rakyat, syabas bagus terbaik kah kah kerja wakil rakyat ada buat? Ada selesai masalah banjir, masalah jalan rosak, masalah longkang sumbat, kah kah kah jangan nak projek nak komisen nak share saja ya BN g berkhidmat semua, cuba tengok kerja kerja bersih longkang, potong rumput, cuci jalan tampal jalan ada buat tak ? Kalau tak salah YB kena jaga kawasan dan bukan saja manusia yang undi kalau salah ampun tuanku kah kah kah sampai lah masa rakyat terpaksa cari kerja di luar negara, mungkin terpaksa jadi amah di Indonesia, jadi buruh di Thailand, jadi tukang masak di India, akan sampai kalau asyik makan rasuah siang malam woit, tapi tak apa, tak akan melayu hilang kah kah kah