Khamis, 23 Februari 2023

SYED SADDIQ DI DAKWA KERANA TAK SOKONG ABAH

 



Pendakwaan terhadap saya kerana tidak sokong Muhyiddin, kata Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, pendakwaan terhadapnya di mahkamah adalah kerana tidak menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ketika itu.

Bekas ketua Pemuda Bersatu itu berkata permintaan untuk menyokong Muhyiddin, bagi mengelak beliau didakwa di mahkamah adalah sesuatu yang salah.

Syed Saddiq berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya Gobind Singh Deo, pada hari kedua prosiding membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Gobind: Apa yang kamu maksudkan ia sesuatu yang salah?

Syed Saddiq: Permintaan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin, walaupun secara peribadinya saya tidak mempunyai masalah dengan beliau (Muhyiddin) Yang Arif, tetapi jika perkara itu (menyokong Muhyiddin) akan menghentikan pendakwaan, ia adalah salah. Perkara itu diberitahu pegawai penyiasat yang menyiasat saya dan serbu rumah saya.

“Dia (pegawai penyiasat) bersama saya setiap hari semasa saya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pegawai penyiasat itu beritahu, SPRM adalah alat politik apabila bertukar kerajaan dan saya adalah mangsa pendakwaan politik. Itu tidak betul dan saya harap perkara ini diperbetulkan,” katanya.

Gobind: Sekiranya kamu tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin, pendakwaan akan dikenakan terhadap kamu, itu yang anda katakan? Bagi kami ia suatu yang salah?

Syed Saddiq: Betul Yang Arif, ia perkara yang salah Yang Arif.

Pada prosiding semalam, peguam Haijan Omar merujuk Syed Saddiq dengan transkrip rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan antara Syed Saddiq dengan seorang pegawai kanan SPRM dikenali sebagai Ihsan.

Dalam transkrip itu, Ihsan dikatakan cuba memujuk Syed Saddiq supaya menyokong Muhyiddin, kerana bekas perdana menteri tersebut yang membawa beliau memasuki Bersatu, masih mengambil berat terhadapnya dan memaklumkan SPRM menjadi “alat” apabila berlaku pertukaran kerajaan.

Kepada soalan Gobind, bekas menteri belia dan sukan itu berkata keterangannya di mahkamah adalah benar dan bukan difikirkan kemudian.

Sementara itu, Syed Saddiq bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin bahawa bekas penolong bendahari Pemuda Bersatu Rafiq Hakim Razali, yang memindahkan dana RM120,000 daripada akaun Maybank atas nama Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke akaun Maybank milik Syed Saddiq.

Ditanya Wan Shaharuddin, Rafiq Hakim yang memindahkan wang itu kerana beliau (Rafiq Hakim) adalah pemilik akaun ABBE, Syed Saddiq menjawab, “Betul”.

Presiden Muda itu juga bersetuju beliau tidak menunjukkan sebarang resit perbelanjaan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk dirinya sendiri, yang bertanding di Parlimen Muar kepada Rafiq Hakim dan tidak memaklumkan RM120,000 adalah bayaran balik kepada perbelanjaan kempen tersebut.

Ditanya semula oleh Gobind, mengapa Syed Saddiq tidak menunjukkan resit dan memaklumkan kepada Rafiq Hakim mengenai perbelanjaan bagi kempen PRU14, anak guamnya itu menjawab, Rafiq Hakim tidak terlibat dalam kempennya dan hanya meminjamkan akaunnya untuk memasukkan dana tersebut (RM120,000).

Syed Saddiq, 30, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 pada 6 Mac, 2020.

Anak kelahiran Johor Bahru itu, didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April, 2018.

Dia juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun, 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azhar Abdul Hamid bersambung esok. – Bernama, 23 Februari, 2023.

BENAR SALAH

KLIM S. SADIK 

TERPULANG PADA

MAHKAMAH

AMIN

TAPI SOALNYA

ADA LUBANG

UNTUK DAKWA

AMIN

AWAL AWAL

ADA  MAIN DUIT

JUTA JUTA

AMIN

SEPATUTNYA

POLITIKUS JUJUR

JANGAN ADA

LUBANG UNTUK

SPRM MASUK

AMIN

INI  SENDIRI

BUKA LUBANG 

BERI PELUANG 

SPRM MASUK 

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: