Jumaat, 17 Mac 2023

CONTOH PEMIMPIN ISLAM


Exco Terengganu jawab waran tangkap, tunjuk jadual aktiviti

EXCO Terengganu Mohd Nor Hamzah menjawab waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya oleh mahkamah dengan senarai agenda dalam jadual aktivitinya semalam.

Mohd Nor antara lain menyebut, beliau tidak hadir ke mahkamah bagi perbicaraan petisyen pilihan raya semalam kerana merasmikan satu acara gunting rambut di DUN Bukit Payong.

Selepas acara jam 9 pagi itu, beliau dijadualkan mengiringi Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar ke satu program keagamaan di Wisma Darul Iman, katanya.

Dalam kenyataan di Facebook, Mohd Nor juga menyebut beliau kemudian perlu merasmikan satu program bersama golongan kurang upaya di sebuah maahad.

Seterusnya, beliau merasmikan satu lagi majlis menonjolkan seorang penceramah Indonesia, katanya.

Ia ekoran waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu ke atasnya untuk memberi keterangan dalam petisyen pilihan raya kawasan Marang.

Perbicaraan mahkamah pilihan raya itu difailkan calon Umno Jasmira Othman bagi membatalkan kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di kerusi tersebut. 

Hakim Hassan Ghani mengeluarkan perintah waran tangkap ke atas exco hal ehwal dakwah dan penerangan itu semalam dan menetapkan perbicaraan disambung semula pada Ahad.

Umno Terengganu memfailkan petisyen pada 3 Januari bagi membatalkan kemenangan di tiga kerusi – Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Selain Jasmira bagi kerusi Marang, petisyen difailkan oleh calon Mohd Zubir Embong bagi kerusi Kuala Terengganu dan Ahmad Said bagi Kemaman.

Ahmad yang juga pengerusi Umno Terengganu mendakwa ada “bukti jelas” oleh saksi yang mendakwa menerima wang daripada PAS yang memancing undi di tiga kawasan itu.

Pada bulan lalu, hakim memerintahkan perbicaraan penuh bagi petisyen Parlimen Marang selepas menolak permohonan PN untuk membatalkan petisyen tersebut. – 17 Mac, 2023.


WOIT

INI CONTOH

PEMIMPIN ISLAM

YANG HEBAT

KAH KAH KAH 

KERJA BODEK MB

LEBIH PENTING

DARI MAHKAMAH

KAH KAH KAH

KENDURI

GUNTING JAMBUL

LEBIH MUSTAHAK

DARI JADI

SAKSI MAHKAMAH

AMIN

HAM DULI LIL

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, lu tak paham exco ganu tu nak bgtahu eleh.. itu mahkamah dunia bukannya mahkamah akhirat tak perlu taat kpd mahkamah buatan manusia.