Jumaat, 17 Mac 2023

PARTI SUCI JADI PARTI MAT SAKAU



Pemimpin Umno dipecat dan digantung berminat sertai PAS, kata Tuan Ibrahim

BEBERAPA pemimpin Umno yang dipecat dan digantung menyatakan minat untuk menyertai PAS, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Ya. Ada segelintir pemimpin (yang menyatakan minat untuk menyertai PAS),” kata timbalan presiden parti Islam itu kepada The Malaysian Insight.

Walaupun beliau tidak mendedahkan sebarang nama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata akan ada beberapa pengumuman “menarik” dibuat dalam beberapa bulan akan datang.

“Mungkin (mereka tidak akan menyertai sekarang) kerana pilihan raya masih beberapa bulan lagi.


“Penggal Dewan Undangan Negeri Kelantan sekarang tamat pada 26 Jun. Jadi mungkin pilihan raya negeri boleh diadakan pada Julai atau Ogos.

“Saya menjangkakan sekitar Jun ini akan ada beberapa pengumuman penting,” kata bekas menteri alam sekitar dan air itu.

Pada Januari Umno mengumumkan pemecatan bekas ketua Umno Selangor Noh Omar dan bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin sebagai ahli parti dengan alasan dakwaan melanggar disiplin parti dan perlembagaannya.

Umno turut mengenakan penggantungan enam tahun ke atas beberapa yang lain antaranya bekas naib presiden parti Hishammuddin Hussein dan bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan Suffian. Nama lain yang turut digantung ialah Maulizan Bujang dan Mohd Salim Sharif.

Tahun lepas Umno juga menggantung enam tahun bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman manakala parti itu memecat ketua bahagian Ketereh ketika itu Annuar Musa dan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim, Zahidi Zainul Abidin, Ismail Abd Muttalib dan Azhar Ahmad.

Shahidan yang digugurkan oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mempertahankan kerusi Parlimen Arau dengan bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

Ahli politik perlukan parti untuk bawa agenda mereka

Tuan Ibrahim berkata sukar bagi seorang ahli politik untuk terus hidup tanpa terikat dengan parti politik.

Beliau berkata tindakan menggantung dan memecat ahli politik menjejaskan peluang mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Jika seorang ahli politik digantung enam atau tujuh tahun, tidak ada makna bagi mereka (berada dalam parti) kerana tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

“Sedangkan sebahagian yang lain dipecat. Jadi, ahli politik ini tidak boleh (tanpa parti),” katanya.

Beliau berkata berkerjasama dengan masyarakat sivil tidak sama dengan parti politik.

“Sebagai contoh kita ambil Annuar (Musa). Beliau seorang ahli politik tetapi beliau mula dengan badan bukan kerajaan (NGO) tetapi perasaannya tidak akan sama (dengan parti politik).

“Jika anda membangkitkan isu dengan kerajaan sebagai NGO, ia mungkin tidak akan mendapat banyak perhatian.

“Untuk menekan kerajaan berhubung dasar atau perkara lain, mereka perlu berada dalam parti politik,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak akan menutup pintu kepada sesiapa yang ingin bersama parti Islam itu.

“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bersama PAS, sama ada sebelum ini daripada Umno, PKR, DAP mahupun Amanah.

“Jika anda mahu bersama, kami mengalu-alukan anda. Kami tidak mempunyai masalah,” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata mereka sebagai sebuah parti bersetuju dengan Pejuang menjadi sebahagian daripada PN tetapi beliau berkata ia adalah keputusan yang perlu dibuat oleh gabungan itu dan bukan hanya PAS sahaja.

“Bagi kami (PAS), saya terbuka.

“Jika individu itu mahu masuk (PAS) maka ia berbeza tetapi jika sesuatu parti mahu menyertai gabungan, maka keputusan itu perlu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata setakat ini, tiada keputusan dibuat mengenai Pejuang menyertai gabungan itu.

Awal bulan ini Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata mereka mengemukakan permohonan untuk menyertai PN sebagai parti komponen. – 16 Mac, 2023.


KAH KAH KAH

WOIT

PARTI SUCI INI

AKAN TERCEMAR

KAH KAH KAH

GENG RASUAH

MAT MAKAN

BUDAK SEKOLAH

GENG SAKAU

SEMUA MASUK

PARTI ISLAM

KAH KAH KAH

ROSAK PARTI

ISLAM YG SUCI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: