Jumaat, 17 Mac 2023

MANGSA BANJIR BERKURANG


Mangsa banjir di Johor berkurang pagi ini

JUMLAH mangsa banjir di Johor berkurang kepada 26,381 orang pada 8 pagi ini berbanding 28,008 orang direkodkan malam tadi. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa daripada 7,418 keluarga ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) di Batu Pahat dan Segamat.

Menurut JPBN Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 26,337 orang daripada 7,404 keluarga, manakala Segamat seramai 44 orang daripada 14 keluarga.

Cuaca diramal cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini selain tiada sungai yang berada di paras bahaya.

Bagaimanapun menurut JPBN sebanyak lima jalan di Batu Pahat masih ditutup untuk kenderaan ringan kerana ditenggelami banjir dan hanya kenderaan berat dibenarkan untuk melalui jalan-jalan tersebut.

Penutupan itu melibatkan Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung berhampiran Jambatan Sri Dayung; Jalan Parit Jambi (Jambatan Parit Jambi); Jalan Haji Arif (Klinik Kesihatan Sri Medan); Jalan Parit Warijo (sepanjang jalan) dan Jalan Sri Bengkal (Kampung Sri Bengkal). – Bernama, 17 Mac, 2023.

BANJIR

BERLALU UNTUK

TAHUN INI

AMIN

TAHUN DEPAN

AKAN ADA LAGI

INI WATAK 

KIAMAT CUACA

KHALAS

Tiada ulasan: