Jumaat, 17 Mac 2023

KES BAHAYA !!!


NGO gesa polis buka semula kes video intim mirip Azmin

KUALA LUMPUR – Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak polis untuk membuka semula kertas siasatan terhadal video intim mirip bekas menteri pada tahun 2019

Wakil enam NGO terbabit, Mohd Zarir Md Nor berkata, gesaan itu perlu bagi mengetahui kebenaran dan fakta sebenar individu di sebalik video yang tersebar itu sekali gus memastikan pelaku sebenar dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah.

“Saya bukanlah mahu menuduh sesiapa, tetapi untuk memastikan keadilan dapat dilaksanakan dan pelaku di dalam video ditangkap serta dihukum.

“Sekiranya kertas siasatan dibuka semua, ia dapat memastikan Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali terlibat atau tidak dalam video terbabit,” katanya dalam satu sidang media.

Enam NGO itu bertindak membuat laporan polis berhubung gesaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

NGO itu adalah Pertubuhan Khidmat Rakyat, Pertubuhan Amal Kebajikan Ukhwah Anak Malaysia (PAKUAM), Pertubuhan Gagasan Keadilan dan Gabungan Anak Sarawak (GASAK) Melaka.

Media pada 2019 lalu melaporkan tular beberapa videp klip sepasang lelaki mengadakan hubungan intim di sebuah hotel di Sabah.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Setiausaha Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pengakuan secara terbuka yang dia merupakan seorang daripada pelaku dalam video itu.

Dia juga mendakwa, pasangannya dalam video intim itu ialah seorang menteri kanan yang juga pemimpin tertinggi parti politik.

Pada 2020, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, siasatan terhadap video seks tersebut tidak dapat diteruskan atas faktor teknikal.

Malah pada Januari 2020, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak akan membuat pendakwaan berhubung kes tersebut kerana gagal mengenal pasti individu terbabit dalam video berkenaan.

Dalam sidang media sama, NGO berkenaan turut membuat satu laporan polis terhadap mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan kenyataan yang mendakwa beliau memiliki fail berkaitan beberapa pemimpin kerajaan.

Md Yusoff Ahmad berkata, kenyataan Setiausaha Agung Bersatu itu yang berkata ada menyimpan fail pemimpin kerajaan sewaktu beliau menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) disifatkan sebagai satu kesalahan besar dan perlu disiasat.

“Datuk Seri Hamzah Zainudin bersubahat dalam menyembunyikan fail tersebut dan ia tindakan tidak berintegriti.

“Malah beliau juga melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 sekiranya membocorkan maklumat rahsia kerajaan,” katanya dalam sidang media sama.

Jelas Md Yusoff, pihaknya membuat laporan terhadap Hamzah ekoran terdapat salah laku dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat mantan menteri Perikatan Nasional (PN) itu

Hamzah sebelum ini mendakwa beliau mempunyai banyak fail berkaitan beberapa pemimpin kerajaan.

Beliau turut mengugut akan mendedahkan isi kandungan fail tersebut jika kerajaan terus mengganggu (dikenakan tuduhan) pemimpin Perikatan Nasional, khususnya pemimpin Bersatu.

WOIT

INI KES BAHAYA

AMIN

BUKA KES AZMIN

AKAN TERBUKA

SAMA KES ANWAR

KAH KAH KAH

HAMZAH KATA

SARANG  TEBUAN

JANGAN DIJOLOK

BAHAYA !!!

AMIN

NANTI

JIKA ADA LAPORAN

POLIS TERHADAP

ANWAR PULAK

AMIN

KES ANWAR DGN

YUSOF LUM SELESAI

AMIN

KES ANWAR SAMAN

SANUSI BELUM

SELESAI

AMIN

APAKAH TAHUN

2023 INI JADI

TAHUN MELIWAT

MALAYSIA 

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, TT dapat tengok adingan dalam vedio tu ke tidak? Jika dapat tengok boleh kasi tau siapa uang tutuh diapa

Tanpa Nama berkata...

mesia Darul jubo