Rabu, 22 Mac 2023

INI HAK ASASI NAJIBi



Najib diberi pelepasan dapatkan rawatan di HKL, kata menteri


MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan bekas perdana menteri Najib Razak sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kesihatannya.

Beliau berkata Najib telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Penjara dan diberi pelepasan selama beberapa hari bagi tujuan itu.

“Ini adalah permohonan biasa, saya telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Penjara bahawa beliau (Najib) dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini.

Semalam beberapa media melaporkan Najib menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk beberapa hari selepas dipercayai mengalami jangkitan pada paru-paru.

Najib mula menjalani hukuman penjara bermula Ogos tahun lepas selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Saifuddin Nasution ketika diminta mengulas perkembangan kesihatan Najib menegaskan bahawa semua tahanan mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan, yang akan diuruskan oleh Jabatan Penjara. – Bernama, 22 Mac, 2023.

RAWATAN

HOSPITAL HAK

ASASI BANDUAN

AMIN

INI TAK BOLEH

DIPERSOALKAN

AMIN

BILA SAKIT

WAJIB DI RAWAT

INI NAMANYA

DIPENJARA BUKAN

DI SEKSA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul.. tapi setiap kali keluar penjara bukan namanya dipenjara... kecuaili hospital itu hospital penjara.. sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Nak ke mana untuk rawatan? Jerman US atau KL saja? Ramai datang ke negara untuk rawatan tetapi kita nak keluar negara, ini biasa tak kira siapa, ada duit boleh saja, ada kad insurance lagi hospital swasta suka, semua boleh, macam duduk hotel, nak sebilik seorang boleh, asal ada kad insurance, hospital mewah ada, hospital VIP ada, penting berapa mampu keluar duit, kalau juta lagi senang, kalau tarak duit ke hospital kerajaan saja, berbaris menunggu melawat beberapa kali tapi akhirnya mendapat rawatan, kalau Bossku mesti kelas VIP, rawatan VIP, cepat pantas laju cergas kah kah kah untung jadi VIP, nak jadi VIP kita kena ada billion juta paling kurang kah kah kah