Rabu, 3 Mei 2023

AMARAN PBB - KIAMAT IKLIM

PBB gesa dunia ambil langkah 'lonjakan kuantum' tangani perubahan iklim

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres menggesa dunia mengambil langkah “lonjakan kuantum” dalam tindakan untuk memerangi perubahan iklim.

Gesaan itu disuarakan beliau pada persidangan pendahuluan mesyuarat iklim COP28 yang dihoskan oleh Pejabat Luar Negeri Jerman pada Selasa.

“Kami tahu laluan 1.5 darjah boleh dicapai,” kata Guterres kepada peserta Dialog Iklim Petersberg edisi ke-14 di Berlin menerusi mesej video.

Guterres berkata ini memerlukan negara maju dan institusi kewangan antarabangsa membuat bayaran yang lama tertunggak dan tidak lagi terlalu bergantung kepada bahan api fosil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Antara matlamat dalam Perjanjian Iklim Paris ialah menghalang pemanasan global daripada melebihi 1.5 darjah Celsius. 

Sementara itu, Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock, dalam ucapan pembukaannya, yakin negara-negara perindustrian akan menunaikan janji mereka untuk menyokong kewangan negara yang lebih miskin.

“Pada masa ini, kita berada pada laluan untuk mencapai angka AS$100 bilion tahun ini,” katanya, merujuk kepada jumlah tahunan yang dijanjikan oleh negara-negara kaya. – Bernama, 3 Mei 2023. 

JIKA KITA

UMAT MANUSIA

TAK BERUBAH

MAKA

KITA SEMUA AKAN

DI UBAH OLEH

KIAMAT IKLIM

KHALAS

Tiada ulasan: