Rabu, 3 Mei 2023

BUKTI BAHAYA CHINA MERAH



Lima bomoh warga China diberkas perdaya warga emas

GEORGE TOWN – Kegiatan sindiket penipuan bomoh didalangi warga China yang memperdayakan wanita warga emas di pasar awam dengan menawarkan perkhidmatan konon mampu mengubati penyakit serta menghalau hantu terbongkar selepas kesemua mereka ditahan Khamis lalu.

Empat wanita dan seorang lelaki yang berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu keluar dari negara ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kegiatan sindiket berkenaan daripada lima mangsa sejak awal tahun hingga April lalu membabitkan kerugian berjumlah hampir RM125,000.

Jelas beliau, kumpulan berkenaan bergerak pada awal pagi bagi mencari mangsa warga emas yang membeli barangan keperluan di pasar awam.

“Modus operasi sindiket ini adalah menghampiri mangsa dan menawarkan ubat bagi merawat penyakit kronik termasuk khidmat menghalau hantu.

“Suspek turut meyakinkan mangsa supaya menyerahkan wang, barangan kemas atau berharga dalam bentuk bungkusan bagi upacara sembahyang selain mendakwa akan menyerah kembali bungkusan itu kepada mangsa selepas upacara selesai.

“Ahli sindiket kemudian menukarkan bungkusan berkenaan dengan bungkusan yang lain serta memberitahu mangsa supaya tidak membukanya kecuali apabila sampai di rumah,” katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang hari ini.

Tambah Fisol, sebaik bungkusan itu dibuka di rumah, baru mangsa sedar dirinya diperdayakan apabila ia hanya mengandungi botol air minuman dan batu bata.

Kata beliau, hasil siasatan mendapati ahli sindiket itu masuk ke negara ini secara sah dan pernah beberapa kali berkunjung ke sini.

“Berikutan penahanan itu, polis turut merampas sebanyak sembilan telefon bimbit, bagasi (lima), pelbagai barangan kemas, jam tangan (11) dan dan matawang China Yuan berjumlah RM60, 853.

“Kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya berwaspada dan tidak sesekali menyerah harta benda kepada individu tidak dikenali,” kata Fisol. 


KITA TIDAK

TAHU BERAPA 

RIBU WARGA

CHINA MERAH

MASUK DAN TERUS

TAK PULANG KE

NEGARA ASAL ?

AMIN

INI BAHAYA BESAR

AKAN UBAH POLITIK

DEMOGRAPI

MALAYSIA

KHALAS

Tiada ulasan: