Rabu, 3 Mei 2023

NUMBO DAH CUKUP UNTUK JATUHAKAN ANWAR



Angka 126 bukan satu spekulasi, kata Muhammad Faiz

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan dikatakan sudah mengetahui mengenai gerakan bagi menumbangkan kerajaan, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Beliau turut memberikan bayangan gerakan itu bukan satu spekulasi dan mungkin akan berlaku.

“Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai çyber troopers prokerajaan meroyan di laman Facebook saya. Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya,” katanya memetik laporan BHOnline hari ini.

Kenyataan itu dikuatkan lagi dengan status yang dimuatnaik beliau semalam berhubung angka 126.

Ia apabila Muhammad Faiz memuatnaik stutus di Facebooknya semalam dengan ‘126 dah…jika benar Alhamdulillah’.

Hantaran itu dikaitkan dengan jumlah sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) yang kini sebanyak 126 kerusi.

“Tidak perlu risau dengan bilangan angka. Kami bukan seperti Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dulu yang sanggup buat sidang media berkali-kali hanya untuk sebut i have the numbers.

“Adakah salah saya sebut 126?” soalnya di Facebook.

Perdana Menteri pada Isnin lepas menyifatkan desas-desus mengenai komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas sama sekali.

Malah semalam Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hassan turut menafi dakwaan sesetengah pihak bahawa ada Ahli Parlimen BN terbabit dalam usaha menjatuhkan kerajaan. –


WOIT

DULU ANWAR

SELALU KLIM

I GOT DE  NUMBO

KAH KAH KAH

SEKARANG HADI

PULAK KLIM

ANA ADA NUMBO

KAH KAH KAH

WOIT

JANGAN KLIM SAJE

BUKTIKAN YANG

ANGKA INI BUKAN

NUMBO EKOR

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

126...!!??

126 angka ini signifikan hingga ramai 'çyber troopers' pro kerajaan meroyan di laman Facebook.

Tidak perlu risau dengan bilangan angka. Bukan seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dulu, yang sanggup buat sidang media berkali-kali hanya untuk sebut 'I have the numbers'.

"Adakah beedosa sebut 126

"Pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu dah kebenarannya,"

Dah ada catatan di Facebook itu dengan menulis '126 dah…jika benar Alhamdulillah'....

#geligeli126

Tanpa Nama berkata...

I got de numbo tu rujukan kpd nombor bilangan 12.6 million bukan nombor ahli parlimen yg akan menyokong pembangkang. Ada nombor MP 136 yg sokong Anwar pun tak guna kalu nombor ringgit tadak. Sokong Anwar free je sokong madey+daim+ hadi+muiden boleh menang 1st prize 50 big 50 small.