Rabu, 3 Mei 2023

BAHAYA PANAS BAWA MAUT


Semua orang berisiko terkena serangan strok haba, kata pakar


STROK haba berisiko untuk terjadi kepada semua orang sekiranya seseorang itu terdedah kepada persekitaran panas melampau tanpa mengira tahap kesihatan diri seseorang.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Dr Norlen Ahmad berkata golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti bagaimanpun lebih berisiko mendapat strok haba.

“Warga emas lebih berisiko tinggi kerana biasanya mereka mempunyai pelbagai penyakit yang membuatkan mereka lebih sensitif dan mekanisme pengeluaran peluh atau kawalan suhu badan tidak lagi cekap,” katanya pada program Jendela Fikir siaran Bernama Radio hari ini.

Dr Norlen berkata strok haba adalah satu kecemasan perubatan yang boleh berlaku secara pantas dan langkah segera perlu diambil untuk mengurangkan suhu badan bagi mengelakkan mangsa mengalami kondisi yang lebih serius seperti kegagalan fungsi otak, sawan dan yang paling serius mendatangkan maut. 


Katanya, antara langkah segera yang boleh diambil adalah meletakkan tuala basah di atas kepala, bawah ketiak, tepi paha serta tengkuk mangsa selain memindahkan mangsa ke tempat yang lebih sejuk dan redup.

“Tempat-tempat tersebut merupakan laluan saluran darah besar dan meletakkan tuala basah akan mempercepatkan proses alihan haba dalam badan dan seterusnya mengurangkan suhu teras badan,” katanya.

Menurutnya antara langkah pencegahan yang boleh diambil orang ramai adalah mengurangkan aktiviti fizikal di kawasan panas, memperbanyak minum air terutamanya air kosong, memakai pakaian yang longgar dan nipis serta memantau kesihatan ahli keluarga berisiko.

Minggu lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok, Bachok Kelantan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok akibat strok haba dan dehidrasi.

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum sehingga 35 dan 37 darjah Celsius, bagaimanapun keadaan itu dijangka akan reda dalam beberapa hari lagi. – Bernama, 3 Mei, 2023.

CAHAYA DARI

TUHAN RA

AMIN

TANPA RA ALAM

DAN MANUSIA 

TIDAK WUJUD

AMIN

TUHAN RA MEMBERI

TUHAN RA BOLEH

AMBIL KEMBALI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: