Khamis, 4 Mei 2023

BUNGA BANK. NAIK - HUTANG BERTAMBAH


Bank Negara naikkan OPR kepada 3%

BANK Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3%, kenaikan pertama sejak November 2022.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kelima Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, menurut bank pusat itu dalam kenyataan.

Peningkatan itu juga bermakna OPR kini kembali kepada paras seperti sebelum pandemik Covid-19.

BNM berkata kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25% dan 2.75%.

Menurutnya ekonomi global terus didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh serta pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.

“Walau bagaimanapun, ekonomi global terus terjejas oleh tekanan kos yang tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi. 

“Inflasi keseluruhan terus menurun namun inflasi teras terus melebihi purata yang pernah dicatatkan sebelum ini. Pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat.

“Bagi ekonomi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi berkembang selanjutnya pada suku pertama tahun 2023 selepas mencatatkan prestasi kukuh pada tahun 2022,” kata BNM.

Tambah bank itu, meskipun eksport dijangka menjadi sederhana, pertumbuhan pada tahun 2023 akan didorong oleh permintaan dalam negeri.

“Perbelanjaan isi rumah kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang lebih baik memandangkan pengangguran terus menurun ke tahap sebelum pandemik,” katanya.

BNM seterusnya berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka menjadi sederhana sepanjang 2023, berpurata antara 2.8% hingga 3.8%. 

“Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada akan terus membendung sebahagian daripada tekanan inflasi yang meningkat.
 
“Imbangan risiko terhadap prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi dan terus bergantung pada sebarang perubahan pada dasar dalam negeri termasuk mengenai subsidi dan kawalan harga, perkembangan pasaran kewangan serta harga komoditi global,” katanya. – 3 Mei 2023. 

MAKNANYA

SAPA ADA PINJAM

DUIT DARI BANK

BUNGA AKAN NAIK

AMIN

MAKNAYA DUIT DLM

SAKU MAKIN KURANG

HUTANG BERTAMBAH

AMIN


Tiada ulasan: