Khamis, 4 Mei 2023

HARGA GULA MAHAL - KE JALAN RAYA



Pengguna tolak kenaikan harga gula

PENGGUNA terutama peniaga kopitiam yang masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup menolak rayuan pengilang gula bulan lalu untuk menaikkan harga jualan gula putih sebanyak RM1.

Walaupun kerajaan belum membuat keputusan terhadap permohonan itu, Presiden Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia (FSGMAM) Hong Chee Meng mempersoalkan “Bagaimana pengilang boleh menetapkan kenaikan RM1 itu?”

Harga siling gula pada masa ini ialah RM2.85 sekilogram.

Kenaikan harga itu dicadangkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Sugar Mills (MSM) Syed Feizal Syed Mohammad yang berkata harga pula perlu dinaikkan bagi memenuhi kos harga gula mentah.

Beliau berkata harga jualan gula di Malaysia adalah paling murah di dunia, malah lebih murah berbanding Brazil dan Thailand, iaitu dua negara pengeluar terbesar di dunia.

“Harga jualan mereka lebih tinggi daripada kita,” katanya.

Hong memberitahu The Malaysian Insight cadangan menaikkan harga sebanyak RM1 itu untuk melihat reaksi pengguna terhadap kenaikan yang tinggi itu.

“Mereka tahu kenaikan itu tinggi. Untuk naik hingga RM1 sangat besar bagi mereka yang banyak menggunakan gula dalam perniagaan.”

Hong berkata permohonan itu jauh lebih tinggi berbanding kenaikan sebelum ini yang hanya 20 sen.

“Naik hingga RM1? Bagaimana kami hendak berniaga?,” katanya.

Katanya, jika kenaikan itu dibenarkan, ia sepatutnya dilakukan secara berperingkat, dalam bentuk sedikit demi sedikit.

“Bukan kenaikan mendadak seperti diminta,” katanya, mencadangkan kenaikan perlu kurang daripada 50 sen.

Beliau berkata harga gula mentah turun naik di pasaran antarabangsa dan aka nada masanya harganya turun.

Katanya, jika pengilang berasakan kenaikan 50 sen tidak akan membantu mereka, maka kerajaan perlu memberikan subsidi.

Boon Kok Choon dari Persekutuan Persatuan Penjaja Selangor dan Kuala Lumpur berkata kenaikan harga gula itu akan mencetuskan reaksi rantaian.

Boon berkata harga makanan dan minuman yang memerlukan penggunaan gula sudah pasti akan naik jika kerajaan meluluskan permohonan MSM itu.

Beliau berkata persatuan itu faham masalah bakal dihadapi ahlinya jika kenaikan terlalu tinggi dikenakan terhadap harga gula.

Boon berkata persatuan juga akan faham jika ahli mula menaikkan harga makanan dan minuman, tetapi berharap kenaikan itu dilakukan secara sederhana. – 4 Mei, 2023.



KITA TUNGGU

MENTERI KATA :

GULA TAK BAIK

UNTUK KESEHATAN

AMIN

HARGA GULA

HARGA BARANG 

KOS HIDUP

MANJANA POLITIK

JALAN RAYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: