Isnin, 29 Mei 2023

KAPAL PESISIR SAPA TERLIBAT ?


Banyak persoalan berkait projek LCS belum terjawab, kata TI-M

KERAJAAN mesti telus menjelaskan masalah membabitkan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), kata badan pemantau antirasuah Transparency International-Malaysia (TI-M).

Sehingga kini banyak persoalan mengenai pemberian kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) masih belum terjawab, justeru keraaan perlu menyahklasifikasi Laporan Penyiasatan Perolehan dan Kewangan dibuat di bawah ketua audit negara ketika itu Ambrin Buang, kata Presiden TI-M Muhammad Mohan.

“Kerajaan tidak seharusnya berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi atau ‘Keselamatan Negara’ sekiranya rasuah dan salah guna kuasa dikesan.

“(Perdana Menteri) Anwar Ibrahim berkali-kali menyatakan komitmen tegas beliau untuk memerangi rasuah dan menambah baik amalan tadbir urus dan integriti dalam sektor awam. 

“Memastikan projek LCS tidak terbengkalai adalah penting. Memastikan mereka yang bertanggungjawab untuk projek bermasalah ini dan mengenakan tindakan ke atas mereka juga adalah penting,” kata Muhammad Mohan dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, antara isu mengenai tadbir urus dan ketelusan berkaitan projek LCS yang masih tidak terjawab adalah:
 
• Apakah rasional pemberian kepada BNS pada tahun 2011 melalui rundingan terus?

• Adakah bendera merah dinaikkan apabila BNS mula-mula menunjukkan ketidakupayaannya untuk menyampaikan LCS mengikut bajet?

• Apakah tindakan yang diambil untuk menangani bendera merah ini?

• Siapa yang bertanggungjawab untuk meluluskan perubahan kepada spesifikasi reka bentuk daripada LCS pilihan TLDM?

• Adakah terdapat sogokan yang disyaki dalam cara rundingan kontrak dilakukan dan harga kontrak akhir ditentukan? 

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Menteri Pertahanan Mohamad Hasan pada 26 Mei lalu mengumumkan Kementerian Kewangan menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan LCS iaitu BNS sebagai anak syarikat kementerian itu.

Pelaksanaan projek LCS bagaimanapun tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek yang dipengerusikan bersama oleh ketua setiausaha perbendaharaan dan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Meskipun rasional keputusan yang dibuat memandangkan RM6.083 billion wang pembayar cukai telah pun dibayar diterima pakai, namun semakan yang dibuat berkaitan status projek ini mendapati terdapat beberapa hasil keputusan yang tidak memuaskan, kata badan pemantau antirasuah itu.

“Kapal pertama telah dijadualkan untuk dihantar pada April 2019 – selepas empat tahun, tiada satu kapal pun yang diterima.

“Projek yang menelan belanja sebanyak RM9 bilion telah meningkat kepada RM11.2 billion. Kini, TLDM hanya akan menerima lima kapal LCS berbanding rundingan awal sebanyak enam kapal, katanya. – 29 Mei 2023. 

APAKAH ZAHID

TERLIBAT MASA DIA

JADI MENTERI 

PERTAHANAN ?

AMIN

KALAU HISHAM H20

SAJA SEMUA BERES

DIA BOLEH IKUT

SEPUPU KE KAJANG

AMIN

KALAU ZAHID

TERLIBAT MUSTAHIL

SPRM AKAN MASUK

AMIN

NANTI RUNTUH

KERAJAAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: