Isnin, 29 Mei 2023

SERAMPANG DUA MATA


Kes rasuah Adam Radlan dipindah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

DUA kes rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke dua Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

Prosiding di hadapan Hakim Azura Alwi, mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali supaya pertuduhan menerima rasuah RM2 juta yang dihadapi tertuduh dipindahkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama satu lagi pertuduhan meminta rasuah RM2 juta.

Terdahulu, Siti Amirah berkata Adam Radlan yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut didakwa atas satu pertuduhan menerima rasuah RM2 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan hakim membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Tertuduh juga didakwa meminta rasuah RM2 juta di mahkamah ini. Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon agar kedua-dua kes ini dibicarakan bersama.

“Kami menyerahkan sebahagian dokumen kes itu kepada pihak pembelaan. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan untuk serahan baki dokumen,” katanya.

Azura menetapkan 14 Julai untuk sebutan kes bagi serahan baki dokumen itu.

Sementara itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat memaklumkan kes menerima rasuah RM2.1 juta yang dihadapi Adam Radlan di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Natrah Fareha kemudian memohon supaya pertuduhan itu dibacakan kepada Adam Radlan dan ahli perniagaan itu mengaku tidak bersalah dan memohon kes dibicarakan.

“Kami mohon mahkamah mengguna pakai jaminan yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini dan mohon sebutan kes pada 14 Julai,” kata Natrah Fareha.

Peguam Rajan Navaratnam mewakili Adam Radlan tidak membantah tarikh sebutan kes itu.

Siti Aminah membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengguna pakai jaminan itu dan menetapkan sebutan kes pada 14 Julai. – Bernama, 29 Mei, 2023.

KES MACAM

INI SERAMPANG

DUA MATA

AMIN

PERTAMA LAWAN

RASUAH

AMIN

KEDUA NAK BAGI

TAKUT

HAMZAH AZMIN

MUHYIDIN HADI

TAKI 

JANGAN NAK

CUBA CUBA

JATUHKAN ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: