Isnin, 29 Mei 2023

PAS DIJEMPUT MASUK KERAJAAN


Beberapa orang hubungi saya, tawar Pas sertai kerajaan – Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang mengesahkan menerima tawaran supaya parti tersebut menyertai kerajaan.

Katanya, tawaran berkenaan dibuat oleh  beberapa individu wakil Kerajaan Perpaduan yang ingin bertemu dengannya.

Beliau mendakwa tawaran berkenaan muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh apatah lagi jumlah kerusi  Melayu parti itu tidak sebanyak Pas.

“Ada orang hubungi saya, beberapa orang ajak berjumpa dengan tawaran-tawaran supaya Pas menyertai kerajaan kerana jumlah Pas paling besar iaitu 43 kerusi. PKR 30 sahaja, dalam keadaan ini 19 kerusi PKR Melayu,  DAP tiga orang Melayu,  kerajaan didominasi oleh bukan Melayu.

“Dia nak ajak Pas tapi Pas duduk belakang bukan duduk di depan patutnya bila buat kerajaan yang paling besar memimpin,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan buku Jejak Nabi Muhammad SAW di Pusat Dagangan Dunia (WTC), KL.

Meskipun terbuka mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak, namun Hadi menegaskan beliau tidak akan berganjak daripada perjuangan dan hala tuju Pas.

“Saya terbuka berbincang dengan sesiapa tapi mesti tidak lari dengan hala tuju, matlamat dan perjuangan kita,” ujarnya.

Baru-baru ini,  Anwar Ibrahim menyuarakan hasratnya untuk kembali menjalinkan hubungan baik bersama Pas.

WOIT

KALAU PAS

MASUK KERAJAAN

NEGARA JADI

TAMBAH BERAT

AMIN

BUKAN SAJA

PELANGI AKAN

DI TANGKAP

SELUAR PENDEK

TAK LEH PAKAI

AMIN

PEREMPUAN 

TAK BOLEH

NAIK MOTOR

AMIN

KITA MELAYU

NAK DIJADIKAN

ARAB

AMIN

WALHAL ARAB

SENDIRI DAH

NAK BERUBAH

TAK MAHU TERUS

JADI TOK ARAB

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: