Jumaat, 19 Mei 2023

KESAN AWAL KIAMAT IKLIM


Harga ikan naik kerana perubahan iklim, isu kawalan tangkapan, kata pengkaji


HARGA ikan naik mencanak di pasaran disebabkan perubahan iklim dan aktiviti perikanan tidak terkawal, kata penyelidik marin Universiti Malaysia Terengganu.

Faktor tersebut menyebabkan stok ikan di perairan negeri itu semakin merosot, kata pensyarah kanan Teknologi Alatan Perikanan dan Ekologi Perikanan Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz.

Beliau bimbang sumber ikan di lautan terus susut jika senario itu berterusan dan mengancam keterjaminan makanan negara, katanya ketika ditemui The Malaysian Insight.

Ancaman itu besar memandangkan ikan dikategorikan sebagai sumber makanan protein yang murah dan menjadi pilihan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

“Berbanding ayam atau daging lembu, negara kita mengiktiraf sumber protein ikan makanan yang boleh didapati dengan murah,” katanya.

Fazrul berkata pengambilan makanan laut di Malaysia juga kedua tertinggi negara asia tenggara dengan anggaran purata 50 kilogram (kg) diambil setiap rakyat setiap tahun.

“Tapi dengan senario sekarang, kita sedang hadapi krisis stok bekalan ikan dan itu saya boleh kata ia berlaku sangat drastik.

“Kalau trend ini masih berterusan tidak mustahil satu hari nanti kita akan hilang sumber makanan laut dan tidak mampu nak tampung keperluan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insight mengenai keluhan nelayan tradisional di Pantai Tok Jembal, Terengganu berhubung hasil tangkapan ikan yang semakin merosot.

Komuniti nelayan itu berkata keadaan tersebut berlaku sejak Januari tahun ini dan memaksa ramai di kalangan mereka tidak lagi turun ke laut.

Hasil tangkapan ikan yang kurang itu bukan sahaja menyebabkan pendapatan nelayan terjejas malah menyebabkan harga ikan di pasaran semakin mahal.

Sejak 2019, harga ikan yang didaratkan nelayan di sini dikesan meningkat antara 30% hingga 80% bergantung kepada jenis ikan.

Sebagai contoh harga ikan kembung di pasar Terengganu kini mencecah sehingga RM22 sekilogram berbanding hanya RM13 pada 2019.

Harga ikan selar juga naik antara RM18 hingga RM20 bagi 1kg berbanding RM13 bagi satu 1kg pada lima tahun lepas.

Menurut data badan pemuliharaan agensi Tabung Alam Sedunia (WWF), bekalan ikan di perairan Malaysia menurun antara 80% hingga 90%.

Data daripada Jabatan Perikanan pula mendedahkan negara kerugian sebanyak 96% stok bekalan ikan negara dalam tempoh 60 tahun akibat daripada aktiviti perikanan tidak terkawal.

Saiz ikan semakin kecil

Mengulas lanjut, Fazrul berkata pemerhatiannya juga mendapati saiz ikan semakin mengecil antara10% hingga15% berbanding saiz biasa mengikut spesis akibat tekanan tersebut.

Jelasnya, pembiakan ikan bergantung kepada faktor makanan, habitat dan faktor ekologi hidupan tersebut di habitatnya.

Katanya, faktor ekologi seperti  perubahan kualiti air dan perubahan suhu laut yang berkait dengan perubahan iklim boleh mempengaruhi kualiti dan taburan makanan.

“Jadi kalau perkara ini berlaku memang akan mengganggu habitat dan bila habitat terganggu, makanan pun akan terganggu.

“Sama seperti hidupan marin yang lain, ia akan cari tempat yang sesuai dan dengan keadaan yang berlaku ketika ini ada kemungkinan ikan berhijrah di tempat lebih sesuai,” katanya.

Aktiviti perikanan tidak terkawal

Mengulas mengenai aktiviti perikanan tidak terkawal, Fazrul berkata ia memberi impak sangat besar yang menyumbang dalam kemerosotan hasil ikan.

Beliau berkata aktiviti perikanan tidak terkawal selalu dikaitkan dengan penggunaan pukat tunda yang mengaut semua hasil laut termasuk dari jenis ikan yang tidak sepatutnya ditangkap.

Jelasnya, penggunaan pukat ini masih menimbulkan dilema kena dari satu sudut ia diperlukan untuk meningkatkan hasil tangkapan bagi memenuhi permintaan pasaran makanan laut.

Tapi jika operasi penggunaan pukat tidak dijalankan secara berhemah, nelayan mengaut semua menyebabkan hasil tangkapan sampingan yang terlalu tinggi.

“Tangkapan sampingan bagi penggunaan pukat tunda ini sangat berlebihan kerana ia permintaan untuk membuat baja ikan bagi projek akuakultur atau ikan ternakan.

“Jadi permintaan itu sangat tinggi menyebabkan berlakunya aktiviti berlebihan dan ia sudah tentu memberi kesan dalam ekosistem habitat hidupan laut sendiri,” kata Fazrul.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemantauan daripada pihak berwajib harus diperkasakan dengan menguatkuasa sekatan dari menangkap ikan tidak matang dari semua jenis ikan.

Katanya, larangan pada masa ini hanya meliputi tangkapan ke atas beberapa spesies tertentu.

“Ketika ini tidak ada undang-undang yang kata ikan tidak matang tidak boleh ditangkap.

“Yang ada hanyalah program kesedaran cuma ia mungkin tidak sampai lagi komuniti, penggiat industri, ini juga salah satu usaha yang kita harus tumpukan,” katanya.

Projek ternak ikan, bina unjam UMT

Fazrul berkata UMT tmenggerakkan projek melabuhkan unjam dan ternakan akuakultur bersama komuniti sebagai solusi melindungi sumber perikanan negara.

Beliau berkata projek membuat 80 unjam bersama komuniti nelayan sudah bermula pada awal Mei lepas dan dijangka siap pada pertengahan atau penghujung Jun ini.

“Unjam yang berfungsi sebagai rumah dan makanan kepada habitat ikan ini akan kita letak di sekitar perairan pantai Tok Jembal.

“Usaha ini sangat penting untuk kita melindungi dan memperbanyakkan habitat ikan baru sebagai langkah mengatasi krisis stok ikan berkurangan,” katanya.

Begitu juga dengan projek akuakultur menternak ikan keli yang dijalankan bersama Lembaga Jabatan Perikanan Malaysia (LKIM), katanya.

Beliau berkata projek akuakultur itu akan membantu nelayan memberi pendapatan sampingan pada musim yang tidak boleh turun ke laut kerana hasil ikan berkurangan.

Seterusnya beliau menggesa semua pihak termasuk Jabatan Perikanan, saintis dan komuniti bekerjasama mencegah impak krisis stok bekalan ikan yang kurang. – 19 Mei, 2023.

INI BUKTI KESAN

AWAL 

KIAMAT IKLIM

AMIN

AKHIRNYA PANAS

AKAN MENJADIKAN

AIR LAUT TERLALU

MASIN SEPERTI 

LAUT MATI 

DI JORDAN

AMIN

SEMUA HIDUPAN

LAUT AKAN PUPUS

AMIN

APAKAH KITA

MASIH TAK

SEDAR HAL INI ?

AMIN 

KHALAS

Tiada ulasan: