Jumaat, 19 Mei 2023

KIT SIANG AJEN SAPA ?


Isu air, jalan, sampah tindas rakyat Kelantan – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, isu kualiti air yang teruk, jalan sempit dan berlubang serta sampah tidak dikutip di Kelantan merupakan satu penindasan yang berlanjutan selama lebih 60 tahun.

Sehubungan itu, beliau percaya Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom),  Agus Yusoff telah membuat komen yang tepat berhubung isu tersebut baru-baru ini.

Kit Siang turut mengulangi cadangannya agar Kerajaan Perpaduan dan kerajaan negeri pimpinan Pas bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Saya menghormati pandangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai cadangan saya ini tetapi saya percaya penting untuk kita selesaikan masalah kemiskinan dan kekurangan pembangunan di Kelantan, Terengganu dan Kedah sekiranya Malaysia hendak menjadi sebuah negara maju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tuan Ibrahim semalam bahawa Pas menolak tawaran Kit Siang agar partinya bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan  Anwar .

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menegaskan, Pas tetap berpegang dengan janji yang dibuat kepada rakyat semasa kempen pilihan raya dan tidak akan menipu pengundi dengan meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Kit Siang turut menjelaskan cadangan kerjasama antara Pas dan Kerajaan Perpaduan itu adalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili DAP.

Beliau memberitahu, perkara itu belum dibincangkan dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook atau mana-mana pemimpin DAP yang lain.

“Malah perkara ini merupakan sebab mengapa saya menolak cadangan Anthony untuk melantik saya sebagai mentor DAP kerana saya ingin bebas memberikan pandangan dan idea peribadi mengenai situasi politik semasa, baik di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tanpa perlu melibatkan DAP secara langsung,” katanya. –



KIT SIANG NI

AJEN SAPA ?

AMIN 

AJEN SINGAPURA

ATAU AJEN PAS

AMIN

MAKIN BANYAK

KITA SIANG BERI

KOMEN MAKIN

BENCI ORANG

MELAYU PADA

PAKATAN

AMIN

AKHIRNYA MALAYSIA

JATUH JADI

NEGARA TALIBAN

AMIN

TALIBAN

INI BAIK UNTUK

SINGAPURA

KONTROL ALAM

MELAYU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: