Khamis, 6 Julai 2023

TIM ZAHID TIM NAJIB

 


Zahid minta penyokong Najib asingkan soal perundangan dan PRN

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO  Ahmad Zahid Hamidi meminta agar soal perundangan terhadap  Najib Razak ‘diasingkan’ dengan pilihan raya di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Ahmad Zahid, tidak ada sebab untuk penyokong bekas perdana menteri itu untuk memboikot PRN pada 12 Ogos depan.

Ahmad Zahid berkata, Najib melalui anaknya telah menyampaikan mesej supaya sokongan berikan kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar Ibrahim.

Tambah beliau, tidak ada sebab untuk segelintik pihak berfikir bahawa tidak ada usaha dilakukan agar Najib mendapat keadilan sewajarnya.

“Kita mesti mengasingkan soal perundangan dengan PRN. Najib sendiri melalui anakanda beliau menyebut sokongan mesti diberikan kepada kerajaan madani sekarang ini.

“Kalau  Najib sendiri meminta bukan sahaja penyokong beliau tetapi juga rakyat Malaysia supaya mendukung (kerajaan).

“Tidak ada sebab terdapat segelintir yang mempunyai pemikiran bahawa usaha-usaha tidak dilakukan untuk membela beliau bukan sahaja dari segi perundangan tetapi juga aspek-aspek sosial yang lain,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Pemfomalan Usahawan Informal anjuran Kementerian Pembangunan Usawahan dan Korperasi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri ditanya cakap-cakap kononnya penyokong Najib akan memboikot pilihan raya di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Tindakan memboikot tersebut didakwa akan dilakukan selepas kerajaan dituduh tidak bersungguh-sungguh untuk memberi keadilan terhadap Najib.

Sebelum ini tular video anak Najib, Mohd Nizar menjawab dakwaan bahawa ayahnya marah terhadap Kerajaan Perpaduan dan menuntut supaya ahli UMNO menyokong Perikatan Nasional.

“Ini tidak benar sama sekali. Ayahanda saya tidak pernah menyuruh ahli-ahli UMNO supaya membelakangi Kerajaan Perpaduan dan menyokong Perikatan Nasional. Itu tidak pernah berlaku,” kata Mohd. Nizar.

Sementara beberapa pemerhati politik berpandangan tindakan membebaskan bekas Najib sekarang akan menguntungkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tanpa memberi sebarang mudarat dalam enam pilihan raya negeri (PRN).

Penganalisis politik, Lim Sian See misalnya berkata, Najib sudah tentu akan menaikkan semangat jentera UMNO dan BN dengan sangat ketara jika beliau dibebaskan dan dapat berkempen.

“Sebahagian besar penyokong UMNO-BN yang kecewa sebelum ini sebab parti masih belum beri keadilan kepada Najib selepas tujuh bulan bentuk kerajaan juga akan bantu, sokong dan undi semula BN,” katanya dalam hantaran Facebook.

KINI SAH

LAGI TERBUKTI

BAHAWA UMNO

SEDANG GADUH

AMIN

ADA TIM ZAHID

ADA TIM NAJIB

AMIN

ZAHID RASA

NAJIB WAJIB

TERUS DLM JIL

AMIN

ZAHID AKAN

SELAMAT

AMIN

TIM NAJIB RASA

KENA KENCING

LALU BUAT KEMPEN

 BOIKOT PRN

AMIN

GADUH BUNUH

TIKAM SAMPAI

KALAH RAKYAT 

AKAN SUKA HATI

 KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah ini semua bila kapal sudah bocor semua lari cari pelampung masing masing, kesian oh kesian seorang PM kena tipu begitu mudah sekali ya, nasib Najib seorang saja kena walhal ramai merasa duit dari tangan Najib dulu, entah siapa entah mana hilang semua kita semua tak tahu, seperti Najiba kata dulu, dia seorang jadi kambing sembelih masa Hari Raya Aidil Adha kah kah kah, yang dah lepas ramai lagi lah kot agak agak, walhal KJ pun terlepas sekarang pandai pulak dalam radio macam malaikat baru sampai bumi kah kah kah