Khamis, 6 Julai 2023

PEGAWAI KERAJAAN MENGAMAL RASUAH



Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah, ubah wang haram

BEKAS Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, sejak 2012.

Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Otman, 64, di akhir kes pembelaan.

Pada 31 Mac 2016, Otman didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di Kuala Lumpur antara 28 Februari 2012 hingga 18 November 2015.

Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala 15 lagi pertuduhan salah guna kedudukan dibuat mengikut Seksyen 23(1) akta sama.

Pada 21 April 2016 Otman didakwa atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad menerusi cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Disember 2015.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya; Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kini sedang mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan sebelum menjatuhkan hukuman. – Bernama, 6 Julai, 2023.

WOIT

JANGAN LUPA

PEGWAI KERAJAAN

JUGA MAKAN

RASUAH

AMIN

KITA SELALU

TUDUH POLITIKUS

INI BETUL

AMIN

TAPI PEGAWAI

KERAJAAN LAGI

LICIK KERANA

MEREKA ARIF

DALAM SISTEM

PENTADBIRAN

AMIN

TANPA MEREKA

TAKDA APA LULUS

KHALAS

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Di negara Kapir Laknat Pelahap Rasuah akan di ledak sampai mampos .. perasuah ni lebih terok dari "ghabiehan boreh" tapi perasuah merosakan sebidang sawah.

Tanpa Nama berkata...

Cuba buat macam negara kafir China Merah tengok siapa berani lagi? Atau macam Indonesia buka baju terus dimalukan secara langsung dalam TV Bro, satu keluarga kena humban malu, masalah kita ini ada jenis specific tarak malu punya kah kah kah