Khamis, 31 Ogos 2023

TERIMA KASIH PETRONAS


Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini


PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) akan membayar dividen berjumlah RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini iaitu RM5 bilion lebih berbanding RM35 bilion yang diumumkan sebelum ini.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Liza Mustapha berkata pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.


Keuntungan suku kedua Petronas turun 29% kepada RM16.4 bilion

KEUNTUNGAN bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turun 29% kepada RM16.4 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun daripada RM23.0 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya apabila harga minyak yang lebih rendah menjejaskan keuntungannya.

Hasil bagi suku tersebut susut sebanyak 13% kepada RM 79.9 bilion di tengah-tengah persekitaran harga rendah berbanding suku kedua 2022.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, keuntungan bersih Petronas susut 13% kepada RM40.2 bilion terutama disebabkan oleh purata harga direalisasi yang lebih rendah manakala hasil turun sedikit kepada RM170.3 bilion daripada RM170.4 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata kumpulan itu memajukan inisiatifnya untuk mengekalkan prestasi perniagaan walaupun berdepan dengan persekitaran harga yang tidak menentu pada separuh pertama tahun ini.


Beliau berkata, usaha itu memberi penekanan kepada kecemerlangan operasi dan komersial merentas rantaian nilai Petronas, mengekalkan pengeluaran huluan dan memenuhi komitmen untuk menyediakan tenaga yang terjamin kepada pelanggan.

“Pada masa hadapan kami menjangka akan menghadapi cabaran yang semakin sukar, termasuk pasaran tenaga yang lemah bagi tempoh berbaki tahun ini berikutan aktiviti ekonomi global yang perlahan.

“Walaupun berdepan cabaran dalam jangka masa terdekat ini,  kami akan terus menumpu untuk mengekalkan kesinambungan masa hadapan bagi tempoh jangka panjang

“Ini bermakna meningkatkan pelaburan dalam perniagaan teras kami, walaupun kami mengurangkan pelepasan karbon sambil melabur dalam tenaga yang lebih bersih untuk meneguhkan portfolio kumpulan, sejajar dengan strategi peralihan tenaga kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Muhammad Taufik berkata syarikat minyak nasional itu akan menggandakan usaha membina daya tahan bagi menyediakan nilai mampan jangka panjangnya ketika ia berkembang sebagai pemain tenaga global. 

Prospek harga minyak

Pada masa hadapan Petronas menjangkakan harga minyak dan gas kekal tidak menentu dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan terhadap jaminan tenaga.

Syarikat itu menjangkakan minyak mentah Brent bergerak antara paras AS$70 dan AS$80 setong dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Sementara itu, aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) pada separuh pertama tahun ini berjumlah RM 57.8 bilion, turun 7% berbanding RM62.4 bilion sebelumnya, sejajar dengan keuntungan yang dijana dalam tempoh tersebut.

Perbelanjaan modal berjumlah RM 21.4 bilion disumbang terutamanya daripada projek perniagaan huluan dan gas. Perbelanjaan modal domestik meningkat 48% berbanding tempoh yang sama tahun lepas terutamanya untuk pelaburan dalam projek gas asli cecair (LNG) terapung dekat pantai (ZLNG) di Sabah dan pembangunan lapangan gas Kasawari di Sarawak

Jumlah aset Petronas mengukuh kepada RM742 bilion pada 30 Jun 2023 berbanding RM710.6 bilion pada 31 Disember 2022.  Ekuiti pemegang sahamnya meningkat kepada RM410.0 bilion pada 30 Jun 2023 berbanding RM401.6 bilion pada 31 Disember 2022.

Perniagaan huluan Petronas mencatatkan jumlah purata pengeluaran harian sebanyak 2,425 ribu tong setara minyak (boe) sehari pada separuh pertama 2023 berbanding 2,425 ribu boe sehari pada tempoh yang sama tahun lepas.

Segmen itu juga meraih keputusan pelaburan akhir (FID) bagi 12 projek terdiri daripada sembilan di Malaysia dan tiga di luar negara selain turut mencapai lima penemuan minyak dan gas di lima blok di luar pantai Sarawak, Malaysia.

Perniagaan gas menghantar 200 kargo LNG dari Kompleks LNG Petronas (PLC) di Bintulu dan 19 kargo LNG dari PFLNG Satu dan PFLNG Dua kepada pelanggan di seluruh dunia.

Segmen itu juga menghantar 2,214 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) purata jualan volum gas di Semenanjung Malaysia.

Pada Suku Kedua 2023, Petronas merekodkan pelepasan gas rumah hijau terkumpul sebanyak 23.04 juta tan setara karbon dioksida (Mil tCO2e) untuk operasi di Malaysia berbanding 22.42 juta pada Suku Kedua 2022.

Syarikat itu berkata ini adalah peningkatan sebanyak 3% bagi tempoh tersebut disebabkan terutamanya oleh peningkatan pengeluaran di kilang penapisan hiliran.

Secara keseluruhan, Petronas menjangka dapat mencapai sasaran pelepasan jangka terdekat dan jangka sederhana - seperti yang ditetapkan dalam pelan sifar bersihnya - NZCE 2050 Pathway - yang dilaksanakan melalui projek pengurangan pelepasan karbon sedia ada dan yang dirancang. – Bernama, 30 Ogos, 2023.

TERIMA KASIH

PETRONAS

AMIN

PENYUMBANG

DANA NEGARA

AMIN

INILAH CONTOH

HARTA YANG

DIMILIKI NEGARA

AMIN

UNTUNG BUKAN

MASUK KE SAKU

CUKONG TAPI

MASUK KE DANA

NEGARA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingat tak bagaimana Mahathir menswastakan banyak agensi kerajaan dengan alasan penjawat awam malas dan suka curi tulang. Semua keuntungan yang sepatutnya dapat kepada negara telah masuk ke poket cukong. Sebab itu dizaman pemerintahan nya terlalu ramai tahanan tanpa bicara Isa dikenakan pada yang menentang polisi beliau, lebih ramai dari ahli komunis yang kena Isa. Cuba TT bagi tahu siapa yang tandatangan tahanan Isa untuk TT dulu.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..tanpa PETRONAS siapa la M'sia .. terima kasih PETRONAS.. yg peliknya yang 5% lagi tu dapat kesiapa.?. Akaun getombolan dah dibeku..