Isnin, 16 Oktober 2023

ASKAR MALAYSIA KE PALESTIN



Hantar tentera ke Palestin perlu disepakati negara jiran, kata Anwar


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.

Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.

“Ada yang di Malaysia menyatakan kita enggan hantar pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jadi saya minta harus ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” kata Anwar.

Justeru, Perdana Menteri meminta semua rakyat dan komuniti ummah untuk bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.

Anwar berkata Menteri Luar Zambry Abd Kadir akan berlepas ke Jeddah pada malam ini atas undangan Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Perdana Menteri, Mohammed bin Salman dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mesyuarat tergempar OIC.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata beliau turut akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Khamis ini, serta mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel terhadap Palestin.

“Putera Mohammed menelefon saya beberapa hari lalu, meminta saya sambung sehari lagi pada 21 Oktober supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.

“Saya akan berbincang dengan beberapa teman lain… UAE (Emiriah Arab Bersatu), Qatar, Mesir dan Turkiye sama ada perlu diadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin-pemimpin negara lain,” kata beliau.

Anwar berkata beliau turut memberikan mandat penuh kepada Zambry untuk berbincang dan mengambil apa jua keputusan bagi menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin oleh kerana Israel telah menyekat sumber asas atau bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Selain itu, Perdana Menteri memberi jaminan untuk terus bersama dengan mana-mana negara yang menunjukkan solidariti dan simpati kepada Palestin.

“Pendirian kita adalah jelas, politik di Palestin ialah politics of dispossession. Tanah, harta benda mereka telah dirampas dan kita mesti kembalikan hak mereka ke atas tanah air mereka.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa sudah sampai ketikanya kerajaan Malaysia dengan hubungan yang diberikan, akan bersama dengan rakan-rakan untuk melakukan apa saja yang perlu,” kata beliau.

Perdana Menteri turut memaklumkan Malaysia secara dasarnya mempunyai hubungan dengan Hamas selepas mereka memenangi pilihan raya bebas dan tidak bersetuju dengan keputusan Eropah untuk terus menekan Hamas. 

Beliau berkata ketika ini kerajaan telah menyumbang sebanyak RM10 juta bantuan awal kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.

“Insya-Allah hari Khamis ini, sebelum saya berangkat ke Arab Saudi, sebanyak RM100 juta (tambahan daripada beberapa GLC) yang akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung perikemanusiaan dan perubatan,” kata beliau.– Bernama, 16 Oktober, 2023.

MADEY ANTA

ASKAR KE  BOSNIA

TAK PERLU

MINTA KEBENARAN

DARI SIAM

KAH KAH KAH

PASAI APA 

PERLU MINTA

ORANG LAIN

 CAMPUR

KAH KAH KAH

TAPI NAK HANTAR

APA TUJUAN ?

KAH KAH KAH

LEBIH BAIK

HANTAR SENJATA

DAN BERI

LATIHAN TENTERA

PADA GERAKAN

PEMBEBASAN

PALESTIN

INI LEBIH 

MASUK AKAL

AMIN 

AWAL WAHID

JANGAN BUAT DEMO

 DI MASJID NEGARA

AMIN

DEMO LAWAN

 AMERIKA

MASJID NEGARA 

BUKAN MUSUH

KITA 

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: