Isnin, 16 Oktober 2023

DUA BILION UNTUK ANWAR DARI NAJIB


Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib, anak

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin untuk membatalkan penghakiman terus terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan yang masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM36.7 juta.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh P Nallini sebulat suara menolak rayuan mereka berhubung tunggakan cukai pendapatan untuk membentangkan penyata pembelaan mereka terhadap saman cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mereka mendakwa bahawa Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) adalah tidak sah kerana melanggar Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 121 yang berkaitan dengan kuasa badan kehakiman di Malaysia.

Seksyen 106 secara amnya memberi kuasa kepada LHDN untuk memulakan tindakan sivil di mahkamah bagi mendapatkan semula tunggakan cukai dan penalti daripada pembayar cukai.

Seksyen 106(3) secara khusus menyatakan berhubung dengan tindakan sivil LHDN untuk mendapatkan semula cukai, mahkamah “tidak akan melayan sebarang pengakuan bahawa jumlah cukai yang ingin dipulihkan adalah berlebihan, tidak betul ditaksir, di bawah rayuan atau salah dinaikkan”. – 16 Oktober, 2023.



WOIT

SELAMA INI

NAJIB ANAK

BERANAK TAK

BAYAR CUKAI

AMIN

AMBIK KAU

BUJET ANWAR

TAMBAH DUA BILION

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: