Selasa, 1 Julai 2025

KOS HIDUP TERUS NAIK - PENDAPATAN DITAKUK LAMA




Tarif Elektrik Singapura Turun, Tarif Di Malaysia Naik


KUALA LUMPUR, 1 Jul 25 – Rakyat Singapura dijangka menikmati penurunan kadar tarif elektrik mereka bermula Julai hingga Sept depan berikutan penurunan kos bahan api dan tenaga, kata laporan.

Strait Times Singapore berkata, rakyat republik itu akan menikmati penurunan bil elektrik sebanyak 0.65 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWh), manakala harga gas akan turun sebanyak 0.44 sen bagi setiap kWh, sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ia susulan pengumuman pengendali grid SP Group pada 30 Jun berkenaan penurunan 2.3% dalam tarif elektrik untuk isi rumah berbanding suku tahun sebelumnya.

City Energy, pengeluar dan pengedar gas paip, dalam kenyataan berasingan pada hari yang sama berkata tarif gas akan turun daripada 22.72 sen bagi setiap kWh kepada 22.28 sen bagi setiap kWh disebabkan kos bahan api yang lebih rendah, berbanding suku tahun sebelumnya.

Sementara di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula akan menguatkuasakan tarif baharu elektrik bermula Julai dengan tarif asas akan diselaraskan kepada 45.40 sen/kWh untuk pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripada Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) yang akan dilaksanakan antara 2025 dan 2027.

Kadar tarif asas akan diselaraskan kepada 45.40 sen/kWh, berbanding 39.95 sen/kWh pada tempoh kawal selia sebelumnya (RP3).

Bagi pengguna domestik, kadar tarif akan berubah mengikut penggunaan bulanan dengan penggunaan 601 hingga 900 kWj akan dikenakan kadar 54.60 sen/kWj, dan pengguna yang menggunakan lebih daripada 900 kWj akan dikenakan kadar 57.10 sen/kWj.

Pengguna dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah dijangka tidak akan terjejas dengan pelaksanaan tarif baru ini. @sumber

BILA LETERIK

NAK NAIK BILA?

AMIN

ATAU DAH LAMA

NAIK ?

AMIN

GAJI TAK NAIK

PENDAPATAN

TAKOK LAMA

TAPI BIL DAN

HARGA BARANG

NAIK NAIK NAIK

AMIN

APA DAH JADI

DENGAN MADANI

KHALAS

Tiada ulasan: