Selasa, 1 Julai 2025

ZALENSKIY MATI BERDIRI



Russia lancar serangan terbesar ke atas Ukraine

MOSCOW: Russia melepaskan lebih 500 bedilan ke atas Ukraine semalaman pada Ahad, yang disifatkan Kyiv sebagai serangan udara terbesar sepanjang perang tiga tahun itu.

The Guardian melaporkan, tentera udara Ukraine dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Russia menembak 477 dron dan 'objek umpan' serta melepaskan 60 peluru berpandu.

Walaupun 475 daripadanya ditembak jatuh atau hilang, ia menandakan serangan udara paling besar ke atas negara itu sejak Russia memulakan pencerobohan berskala penuh pada Februari 2022, kata ketua komunikasi tentera udara Ukraine, Yuriy Ihnat kepada Associated Press.

Katanya, pengeboman itu kelihatan menyasarkan beberapa wilayah yang jauh dari barisan hadapan termasuk di barat Ukraine.

Tentera Russia pada Ahad berkata, serangannya mengenai tapak kompleks industri tentera Ukraine dan kilang penapisan minyak, dan memintas tiga dron Ukraine.

Skala serangan menimbulkan persoalan memandangkan Presiden Russia Vladimir Putin pada Jumaat lepas menyatakan, Moscow bersedia untuk pusingan baharu rundingan damai di Istanbul.

Sementara itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam kenyataannya pada Ahad lalu memaklumkan serangan bom sebenarnya menunjukkan bahawa Putin memutuskan untuk meneruskan perang.

"Moscow tidak akan berhenti selagi ia mempunyai keupayaan untuk melancarkan serangan besar-besaran," tulis Zelensky di media sosial.

Pada minggu lalu sahaja, Russia menyerang Ukraine dengan melancarkan lebih 114 peluru berpandu, 1,270 dron dan hampir 1,100 bom 'glide'.

"Perang ini mesti ditamatkan, tekanan ke atas penceroboh diperlukan, dan begitu juga perlindungan.

"Ukraine perlu mengukuhkan pertahanan udaranya sebagai perkara yang paling melindungi nyawa," katanya.

Beliau mengulangi kesediaan Ukraine untuk membeli sistem pertahanan udara Amerika Syarikat (AS) sambil menambah bahawa negaranya bergantung kepada sokongan AS, Eropah serta semua sekutunya.


RUSIA SERANGN

BESARAN UNTUK

PASTIKAN

ZELINSKIY

MATI BERDIRI

AMIN

Tiada ulasan: