Selasa, 1 Julai 2025

LEMBAGA HAKIM KENA GANGGU ?




Gagal Nasihat YDP Agong Isu Ketua Hakim, Peguam kecam Anwar


KUALA LUMPUR, 1 Jul 25 – Peguam kanan Haniff Khatri Abdulla menempelak Perdana Menteri  Anwar Ibrahim kerana gagal melaksanakan tugas menasihati Yang Dipertuan Agong dalam melantik ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan baharu sebelum tamat tempoh perjawatan mereka.

Malah, tindakan Anwar cuba menunding jari seolah-olah terdapat pihak lain cuba mempolitikkan isu berkenaan juga tidak bertanggungjawab.

“Kami bangkitkan perkara itu seawal berbulan lalu, kerana kami khuatir sistem tadbir urus kehakiman yang mungkin terencat disebabkan kelewatan Anwar menasihati Agong.

“Justeru berlaku adil kepada rakyat, peguam dan pengamal undang-undang supaya kerja mereka tidak terganggu.

“Anda Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab. Jangan tuding jari kononnya kami nak politikkan perkara ini, kami tak minat dengan politik,” kata Haniff Khatri dalam satu kenyataan.

Tegasnya, kegagalan Anwar mengakibatkan perjalanan sistem kehakiman terganggu.

“Kalau tidak ditentukan siapa akan menerajui ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan, bagaimanakah panel lanjut dua minggu atau sebulan dari sekarang akan ditentukan.

“Kerja dan tanggungjawab hakim lain dalam Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan terbantut disebabkan kecuaian dan kegagalan perdana menteri yang bermain politik dengan sistem kehakiman bukan kami,” katanya

Haniff juga mempersoalkan peranan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said yang menurutnya gagal untuk menasihati Anwar.

“Tidakkah beliau bangkit masalah ini, kemusykilan berbangkit kepada Anwar atau seperti biasa ahli politik takut nak beri nasihat betul sehingga Anwar dengan salah menganggap pengamal undang-undang dan hakim yang mempolitikkan isu.

“Saya harap Azalina dapat jawab. Anwar sila lakukan tugas anda sebagai perdana menteri perihal isu pelantikan kehakiman kurang 24 jam. Kalau tidak andalah penyebab kemudaratan tadbir urus sistem kehakiman,” tegas Haniff. @politiko.my




APA DAH JADI

LEMBAGA

HAKIM PUN

KENA GANGGU

AMIN

INI BERAT

AMAT BERAT

KHALAS

Tiada ulasan: