Selasa, 15 September 2026

AL- FATIHAH


AL- FATIHAH

SEMOGA ADA

YANG DAPAT

DI SELAMATKAN

AMIN


Insiden Virgo Transport 8: Cuaca buruk, laut bergelora jejas hari ketiga operasi SAR 129 mangsa hilang



JAKARTA: Cabaran keadaan laut bergelora, hari ini, terus menjejaskan usaha pasukan penyelamat Indonesia dalam operasi mencari 129 orang dilaporkan masih hilang selepas sebuah kapal penumpang terbalik dan karam di Laut Jawa, tiga hari lalu.

Pegawai memaklumkan sekiranya keadaan cuaca bertambah baik nanti, pasukan penyelamat - yang ketika ini hanya terbatas kepada pencarian dari udara dan permukaan laut - akan turut melancarkan operasi bawah air untuk mencari mangsa yang mungkin masih hidup di dalam kapal itu.

Feri Virgo Transport 8 membawa seramai 243 orang dalam perjalanan dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin di Kalimantan Selatan ketika insiden berlaku akibat cuaca buruk pada Ahad lalu.

Sekurang-kurang enam mangsa maut, manakala seramai 108 lagi berjaya diselamatkan dari kapal itu oleh pihak berkuasa, setakat ini.



Insiden Virgo Transport 8: Indonesia attur gerak KRI Canopus, dron bawah air kesan mangsa

JAKARTA: Indonesia akan mengatur gerak KRI Canopus, sebuah kapal penyelidikan hidro-oseanografi yang dilengkapi dron bawah air, bagi menyokong operasi pencarian 129 mangsa yang masih hilang dalam kejadian feri penumpang Virgo Transport 8 terbalik.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Mohammad Syafii berkata KRI Canopus dijangka tiba di lokasi kejadian pada Selasa pagi, selepas cuaca buruk menghalang pasukan penyelam khas daripada menjalankan operasi pencarian di dalam air pada Isnin.

"Kami akan menjalankan pencarian di dasar laut menggunakan teknologi yang ada pada KRI Canopus, termasuk dron bawah air, 'multibeam echo sounder', dan kenderaan kendalian jauh (ROV)," katanya pada sidang media di Banjarmasin yang disiarkan secara langsung pada Isnin malam.

Virgo Transport 8, yang membawa 213 penumpang dan 30 anak kapal, terputus hubungan pada kira-kira 2 pagi Ahad semasa dalam perjalanan dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin di Kalimantan Selatan sebelum ditemukan terbalik.

Tiada ulasan: