Selasa, 15 September 2026

HIMPUNAN SEJUAT UMMAH


MATLAMAT

UTAMA TERKINI

HANYA SATU

AMIN

SELAMATKAN

MALAYSIA

HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AMIN

HIMPUNAN SEJUTA

UMMAH PROJEK

PERTAMA

KHALAS


Penyatuan ummah perlu diperluas, bukan sekadar Pas dan UMNO - Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Gagasan penyatuan ummah perlu diperluaskan kepada pihak lain dan tidak seharusnya dilihat hanya dalam kerangka kerjasama antara Pas serta UMNO semata- mata.

Timbalan Presiden Pas  Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak dinafikan bahawa Pas dan UMNO merupakan dua kekuatan utama dalam politik Melayu-Islam.

Menurutnya, kedua-dua parti itu mempunyai kedudukan dan pengaruh yang penting untuk menjadi paksi kepada agenda penyatuan ummah.

"Namun, jika gagasan ini hanya dihadkan kepada kerjasama dua parti tersebut, kita mungkin tanpa disedari meminggirkan kelompok lain yang turut mempunyai peranan dan pengaruh dalam masyarakat.

"Sebab itu, muafakat perlu diperluas. Penyatuan ummah mesti mampu merangkul pihak lain yang bersedia menerima asas dan matlamat perjuangan yang dipersetujui bersama.

"Kepentingan Melayu-Islam, kestabilan negara dan kesejahteraan seluruh rakyat hendaklah menjadi matlamat yang menyatukan semua kekuatan ini," katanya menerusi hantaran Facebook pada Selasa.

Tiada ulasan: