Selasa, 15 September 2026

LANGKAH TURKI MENIPU UNTUK MENANG


AMAT JELAS

LANGKAH TURKI

KAH KAH KAH

PROJEK TIPU

BANTU 

MAT BURUT

UNTUK MENANG

PRU 16

KHALAS


Firma teknologi Turki nafi


salah guna AI untuk


manipulasi politik Malaysia


Sebuah syarikat teknologi di Istanbul menafikan terlibat dalam usaha terancang menyalahgunakan model utama kecerdasan buatan (AI) Claude milik firma Anthropic bagi memanipulasi pilihan raya di Malaysia.

Dalam kenyataan dalam bahasa Turki yang dimuat naik di laman LinkedIn pada 11 Sept lalu, BBS Bilisim Teknolojileri menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai “penglibatan, pengetahuan atau kelulusan” berhubung aktiviti yang disebut dalam Laporan Risikan Ancaman Anthropic bagi September 2026.

Syarikat itu berkata semakan dalaman masih dijalankan untuk mengetahui sama ada nama atau aset digitalnya digunakan tanpa pengetahuan syarikat, termasuk kemungkinan oleh bekas individu yang pernah dikaitkan dengannya.

“Selepas mendapat bukti awal, laporan akan dibuat kepada pejabat ketua pendakwa raya terhadap pihak yang bertanggungjawab dan tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.

Menurut Warta Pendaftaran Perdagangan Turki, BBS Bilisim Teknolojileri dimiliki oleh dua warga Turki, Türker Batuhan Sarı dan Bedri Sarı, yang masing-masing memiliki 50 peratus saham dalam syarikat itu.

Penafian itu dibuat selepas Anthropic mendakwa syarikat berkenaan menjual akses kepada platform yang menawarkan perkhidmatan untuk mempengaruhi maklumat di Malaysia.

Antara lain, laporan yang diterbitkan pada 10 Sept itu menyatakan pelaku berkenaan menggunakan Claude untuk mengendalikan lebih 1,000 akaun di X dan mencipta sokongan palsu terhadap tokoh kerajaan, termasuk perdana menteri Malaysia.

Bagaimanapun, laporan itu menegaskan bahawa tiada bukti menunjukkan operasi berkenaan mendapat pengaruh yang besar atau mengubah keputusan pilihan raya.

Laporan itu turut menyatakan pelaku berkenaan menyediakan maklumat untuk menyebarkan dakwaan palsu terhadap seorang ahli politik pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil. Mereka juga mengendalikan laman berita palsu bernama Malaysia Pulse, yang mempunyai saluran YouTube dengan hanya satu video.

Semakan Malaysiakini mendapati laman web Malaysia Pulse serta akaun yang dikaitkan dengan operasi berkenaan kini tidak lagi boleh diakses.

Laporan itu turut menyatakan bahawa pelaku berusaha mendapatkan kontrak dengan “pengawal selia komunikasi Malaysia”, namun tiada bukti menunjukkan usaha itu berjaya.

Dalam kenyataan pada 11 Sept, MCMC berkata pihaknya tidak terlibat dalam aktiviti atau urusan seperti yang diterangkan dalam laporan Anthropic itu. Suruhanjaya itu sebaliknya mengatakan mengambil serius laporan berkenaan dan sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi menentukan tindakan seterusnya.

Ketua Penerangan Umno, Azalina Othman Said, kemudian menggesa supaya siasatan yang adil dibuat tanpa mengira parti politik atau pihak yang terlibat .

Azalina, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata persoalan penting yang perlu dijawab ialah siapa yang mengendalikan operasi ini, siapa yang membiayainya dan untuk kepentingan siapa ia dilakukan.

Tiada ulasan: