ZAHID DAPAT
DNAA UNTUK
ANWAR BIN
IBRAHIM JADI PM
KAH KAH KAH
MUHYIDIN DAPAT
DNA UNTUK
ANWAR BIN
IBRAHIM
TERUS JADI PM
KHALAS
Muhyiddin bebas empat tuduhan berkaitan Jana Wibawa
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, daripada satu tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM200 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram .
Hakim Noor Ruwena Md Nurdin melepas dan membebaskan Pesiden BERSATU itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan supaya empat daripada tujuh kes terhadap Muhyiddin diberi perintah DNA.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan mahkamah, pendakwaan tidak meneruskan empat tuduhan itu dengan menggunapakai peruntukkan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.
"Sehubungan itu, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh untuk empat pertuduhan itu," kata Ruwena.
Sebaik hakim mengumumkan perkara itu, Muhyiddin yang duduk di kandang tertuduh, kelihatan lega, disambut dengan sorakan daripada penyokongnya yang berada galeri awam
Muhyiddin, 79, dklepas dan dibebaskan daripada dakwaan sebagai Perdana Menteri dan Presiden BERSATU, menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM200 juta bagi BERSATU, daripada Bukhary Equity Sdn Bhd berkaitan Projek Jana Wibawa.
Tiga pertuduhan lagi ialah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun AmBank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.
Dengan keputusan itu, Muhyiddin kini hanya berdepan tiga tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM25.3 juta bagi parti itu daripada tiga syarikat, iaitu Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering Sdn Bhd serta Azman, berkaitan Projek Jana Wibawa.

1 ulasan:
Orang politik bergaduh berteriak ceramah di luar saja, pergi tengok parlimen, sebaik keluar pentas parlimen bukan main sahabat kawan teh tarik? Orang kampung tak faham parlimen ini medan lakonan semata-mata, semuanya diatur skrip drama sketsa sentimen ditimbulkan agar terus menipu rakyat susah, rakyat susah kami bantu belakang sapu berjuta-juta, ini perangai mereka sebenarnya, kami bantu bukan duit bapa dia, tetapi duit negara itupun songlap separuh sapu komisen siapa bagi komisen tinggi mendapat projek projek jana wibawa, projek jana madani projek poster tampal banner kerja politik semuanya untung kerana duit bukan pasal agama bangsa negara tetapi perut kenyang dengan duit tahi rasuah amin kah kah kah kah masih tak faham bodoh dekat luar sana yang cium tangan cium kaki pemimpin politik lagi kah kah kah kah cium pun ada hasrat mendapat sesuatu balasan budaya darah daging perasuah mampus negara woit
Catat Ulasan