Rabu, 9 September 2026

BERITA BAIK : SAUDI DISERANG

 

REJIM FEUDAL

SAUDI WAJIB

DI JATUHKAN

AMIN

BARU AMAN

UMAT ISLAM

KHALAS


Konflik Asia barat: Houthi serang bandar Arab Saudi, AS serang kapal Iran


DUBAI: Perang di Asia Barat semakin meruncing selepas kumpulan Houthi yang disokong Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas empat bandar di selatan Arab Saudi.

Ia secara langsung mengheret sekutu Amerika Syarikat (AS) itu secara lebih mendalam ke dalam kancah konflik itu.

Serangan besar-besaran menyasar bandar Khamis Mushait, Abha, Najran dan Jazan itu memusnahkan fasiliti minyak serta membedil pangkalan udara tentera, selain mencederakan sekurang-kurangnya 73 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pihak Berkuasa Penerbangan dan Angkasa Lepas (NASA) menerusi imej satelit merakam kepulan asap hitam tebal melitupi kilang penapis minyak di Jazan serta tiupan asap putih dari pusat pengagihan minyak di Abha berikutan kebakaran besar yang tercetus.

Sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kapal perang Tentera Laut AS di rantau berkenaan, Pentadbiran Pusat Tentera AS (CENTCOM) memusnahkan lima kapal tangki minyak mentah milik Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) di perairan Teluk Oman dan berhampiran Pulau Kharg.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio mengesahkan tindakan ketenteraan itu, sambil memberi amaran bahawa mana-mana kapal tangki Iran akan terus dimusnahkan sekiranya Tehran tidak menghentikan serangan peluru berpandu ke atas aset tentera Washington.

Tidak lama selepas serangan balas AS, IRGC turut melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu balistik ke atas pangkalan tentera AS yang terletak berhampiran bandar Al Azraq di timur Jordan.

Tehran mengeluarkan ancaman baharu untuk menyasar kapal-kapal tangki minyak yang berlabuh di pelabuhan Kuwait dan Bahrain, selain mengisytiharkan pelaksanaan zon larangan maritim di sepanjang Teluk Parsi.

Ketegangan baharu ini mencetuskan lonjakan harga minyak mentah di pasaran global berikutan kebimbangan gangguan berterusan terhadap bekalan tenaga dunia dari rantau berkenaan. - REUTERS



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rejim feudal Malaysia bila?

Ya Ali!

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah serangan demi serangan di tanah Arab sendiri, sesama bangsa Arab ini terpaling hebat, bergaduh sesama sendiri kemudian salahkan penjajah yang masuk, sejak dahulukala memang ini berlaku, musuh sesama sendiri bukan orang lain, tetapi salahkan orang lain kah kah kah Arab terbaik contoh unggul untuk masyarakat Isle seluruh dunia amin kah kah kah kah