Jumaat, 18 September 2026

PERANG IALAH PERNIAGAAN

PERANG IALAH

PERNIAGAAN

AMIN

ISRAEL BUAT

KACAU 

AMIN

ARAB BUNUH

SAMA SENDIRI

AMIN

AMERIKA JUAL

SENJATA

KHALAS



AS luluskan jualan 48 jet pejuang F-35 bernilai AS$24.3 bilion kepada Arab Saudi


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan 48 pesawat pejuang halimunan F-35 dan peralatan berkaitan bernilai AS$24.3 bilion (kira-kira RM99 bilion) kepada Arab Saudi, menurut pengumuman Jabatan Negara AS, semalam.

Sebelum ini, Arab Saudi sudah lama berusaha mendapatkan pesawat F-35, namun Israel - satu-satunya yang memiliki pesawat terbabit di rantau itu - menyuarakan kebimbangan jika Washington menjualnya kepada Riyadh.

Kebimbangan dizahirkan di tengah-tengah usaha untuk menggalakkan kerajaan di rantau itu menormalisasi hubungan dengan Tel Aviv.

"Penjualan dicadangkan itu akan mempertingkat keupayaan Arab Saudi menghalang ancaman ketika ini dan pada masa depan, dengan memperkukuhkan pertahanan wilayahnya serta meningkatkan kebolehoperasian bersama tentera AS," menurut Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, ia juga akan menambah keupayaan pesawat operasi Arab Saudi, selain meningkatkan kemampuan pertahanan diri udara ke udara dan udara ke darat negara berkenaan.

Jabatan Negara AS sudah memaklumkan kepada Kongres mengenai penjualan dicadangkan itu, yang memerlukan kelulusan Ahli-ahli Parlimen AS.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah untuk berbunuhan sesama sendiri bangsa sendiri agama sendiri kafir bantu jual senjata amin, cerdik sungguh kalau jadi majoriti memang jadi hampeh kah kah kah kah