Ahad, 11 Oktober 2026

BODOH SOMBONG ?


APA KAH INI

BODOH SOMBONG

ATAU

MEMANG NAK

KURANGKAN 

WARGAU DUNIA

KHALAS 


Indonesia belum jawab tawaran bantuan padam kebakaran – Zahid


IPOH – Malaysia masih belum menerima maklum balas daripada Indonesia berhubung tawaran bantuan bagi memadamkan kebakaran di Kalimantan dan Sumatera yang mencetuskan jerebu rentas sempadan.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran itu dikemukakan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka semasa lawatan rasmi ke Jakarta baru-baru ini.

Katanya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar turut menghantar surat kepada rakan sejawat masing-masing di Indonesia, namun masih belum menerima sebarang respon.

“Setakat ini tidak ada respons (daripada Indonesia) untuk kita membantu mereka. Kita ucapkan terima kasih kerana kita menawarkan (bantuan) dengan ikhlas tapi belum mendapat jawapan lagi.

“Kita bersangka baik yang mungkin mereka tidak memerlukan bantuan kita, saya bersangka baik, ‘husnuzon’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini, pada Ahad.

Tiada ulasan: