Ahad, 11 Oktober 2026

HUKUMAN BERAT - BAKAR KEBUN SAWIT


HUKUMAN 

BERAT 

PADA SYARIKAT

 ARAH BAKAR

KEBUN SAWIT

AMIN

Lagi kebakaran hutan dan tanah: Indonesia tungkus lumus padam kebakaran seluas 31 hektar

JAKARTA: Indonesia terus bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan dan tanah yang menjejaskan 31 hektar lagi kawasan di tiga wilayah di Sulawesi serta Papua, di luar enam wilayah keutamaan yang menyaksikan operasi pemadaman telah berlarutan selama beberapa bulan.

Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Berton Panjaitan, berkata kebakaran seluas 20 hektar yang tercetus pada 4 Oktober lalu di Mamuju, wilayah Sulawesi Barat, masih aktif setakat Jumaat lalu dengan asap merebak ke komuniti berhampiran.

"Kerajaan tempatan turut menggali parit menggunakan jentera berat bagi mengelak api merebak di bawah permukaan tanah gambut," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Jerebu: Malaysia, Indonesia perinci usaha penyelesaian bersama

JAKARTA: Indonesia mengesahkan perbincangan dengan Malaysia sedang berjalan bagi memperincikan kerjasama terbaik bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang mencetuskan jerebu rentas sempadan.

Ketua Badan Komunikasi Indonesia, Syahganda Nainggolan, berkata hubungan baik antara kedua-dua negara menjadi asas penting dalam usaha mencari penyelesaian bersama, khususnya ketika operasi pemadaman berdepan cabaran termasuk faktor semula jadi.

"Menteri Luar Malaysia bersama Menteri Luar Indonesia sedang memperincikan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian dan menangani kebakaran hutan dan tanah ini secara bersama," katanya kepada media hari ini.

Syahganda berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung kenyataan  Anwar bin  Ibrahim mengenai kesediaan Malaysia membantu Indonesia serta cadangan mengadakan mesyuarat menteri alam sekitar serantau bagi menyelaras usaha menangani jerebu rentas sempadan.


"Kerajaan tempatan turut menggali parit menggunakan jentera berat bagi mengelak api merebak di bawah permukaan tanah gambut," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tiada ulasan: