KAH KAH KAH
ADA KES RASUAH
PEGAWAI SPRM?
KAH KAH KAH
APA NAK HAIRAN
AZAM BIN BAKI
BEKAS
KETUA SPRM
PUN ADA KES
KAH KAH KAH
KHALAS
Dakwaan pegawai kanan SPRM terima RM350,000: MCW mahu siasatan baharu telus, bebas
Kuala Lumpur: Siasatan semula terhadap dakwaan penerimaan wang RM350,000 oleh seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti dilaksanakan secara bebas, menyeluruh, telus dan tanpa sebarang konflik kepentingan.
Itu penegasan utama Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) yang menetapkan prasyarat berkenaan bagi merungkai kembali 'misteri fail 2018' yang pernah ditutup oleh suruhanjaya itu.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya menyambut baik penubuhan pasukan khas oleh SPRM, namun menegaskan tugas mereka bukan sekadar menyemak semula kertas siasatan lama.
Beliau berkata, pendedahan SPRM bahawa kes berkenaan pernah ditutup pada 2018 atas alasan 'tiada bukti' mencetuskan keraguan secara langsung terhadap kewibawaan siasatan lapan tahun lalu itu.
"Pengakuan ini menimbulkan persoalan yang sangat penting. Rakyat berhak tahu, apakah sebenarnya skop siasatan yang dijalankan pada 2018?
"Apakah bukti yang diteliti dan paling utama, apakah asas keputusan menutup kes itu yang kini terpaksa dibuka semula?" katanya.
Jais berkata, pasukan khas itu juga diminta meneliti potensi pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dan bukan terhad kepada Akta SPRM 2009 semata-mata.
"Seksyen 165 membawa hukuman terhadap penjawat awam yang memperoleh benda berharga tanpa balasan (atau balasan yang tidak mencukupi) daripada individu yang mempunyai kaitan dengan urusan rasminya.
"Ia adalah satu peruntukan ketat yang tidak memerlukan pembuktian 'niat rasuah' secara langsung.
"Bagi memastikan 'mereka yang memantau turut dipantau', MCW turut mencadangkan agar satu mekanisme pengawasan bebas dari luar SPRM dilibatkan secara langsung," katanya.
Menurutnya, prinsip keadilan mesti ditegakkan yang mana tiada individu harus dihukum berdasarkan perbicaraan di media sosial.
"Jika terbukti tiada kesalahan, bersihkan nama individu terbabit dengan telus.
"Tetapi jika wujud sebarang bukti penyelewengan jenayah, tindakan mesti diambil tanpa sebarang kompromi atau perlindungan.
"SPRM mesti berpegang kepada prinsip 'whiter than white' iaitu bukan sahaja bersih, tetapi mesti dilihat bersih, bebas dan berintegriti," katanya.
Semalam, SPRM menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat dan meneliti semula satu dakwaan lama berhubung penerimaan wang berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan salah seorang pegawai kanannya.
Kes berkenaan pada asalnya disiasat pada tahun 2018, namun kertas siasatan ditutup selepas mendapati tiada elemen kesalahan rasuah berjaya dibuktikan pada ketika itu.
Bagaimanapun, arahan pembukaan semula siasatan itu dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman susulan dakwaan itu yang kembali tular dan hangat diperkatakan di platform media sosial baru-baru ini, bagi memastikan tiada sebarang keraguan berbangkit berhubung integriti agensi penguat kuasa berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan