KENAPA
MINAH
GOL N GINCU
BARU SEKARANG
BERSUARA?
KAH KAH KAH
LUBANG DAH KENA
JOLOK KE?
KAH KAH KAH
KHALAS
Jerebu: Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia - Fahmi
PUTRAJAYA: Tiada syarikat perladangan Malaysia dikenal pasti terbabit aktiviti pembakaran yang mencetuskan masalah jerebu di Indonesia, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.
Katanya, ia berdasarkan hasil semakan silang dengan syarikat tempatan yang mempunyai konsesi sawit di negara itu.
Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati kebanyakan aktiviti pembakaran berlaku di luar kawasan konsesi sawit milik syarikat Malaysia.
"Hari ini, Jemaah Menteri membincangkan beberapa perkara berkait isu jerebu yang melanda dan terus memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
"Noraini Ahmad (Menteri Perladangan dan Komoditi) memaklumkan bahawa hasil semakan silang dengan syarikat Malaysia yang mempunyai konsesi sawit menunjukkan kebanyakan daripada apa disaksikan, aktiviti pembakaran itu berlaku di luar konsesi sawit milik syarikat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pascamesyuarat Kabinet dipengerusikan Anwar bin Ibrahim, di sini, hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan