Khamis, 15 Oktober 2026

YAM SENG MUKRIS CARI BARUA


YAM SENG

MUKRIS CARI

BARUA

KAH KAH KAH

DAPAT BABI

GEMOK TAK

BOLEH

 BERGERAK

HANYA BOLEH

MERANGKAK

KAH KAH KAH

KHALAS


Lembaga Adat Luak Jelebu dakwa istiadat angkat Undang ke-17 tidak sah


KUALA LUMPUR – Lembaga Adat Luak Jelebu mendakwa istiadat penzahiran Undang Luak Jelebu ke-17, Azrin Khairi yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti semalam tidak sah dan tidak diiktiraf mengikut aturan adat purba luak berkenaan.

Dalam kenyataan media bertarikh 14 Oktober, Lembaga Adat Luak Jelebu menegaskan, proses pemilihan, pelantikan dan istiadat penzahiran tersebut tidak mematuhi lunas serta aturan adat yang sebenar.

Menurut kenyataan itu, proses berkenaan didakwa dilaksanakan tanpa penglibatan, rujukan atau persetujuan majoriti penyandang gelaran Datuk Lembaga Adat Luak Jelebu yang sah mengikut nasab dan tertib adat purba.

Lembaga itu turut mendakwa istiadat berkenaan membelakangkan institusi adat di peringkat luak, khususnya pihak yang mempunyai hak warisan.

“Sebarang istiadat penzahiran atau pemasyhuran yang membelakangkan institusi adat di peringkat luak (telapak waris) disifatkan sebagai tidak mematuhi susur galur ketetapan Adat Perpatih dan Garis Panduan Pertabalan Kebawah Kaus YTM Undang Luak Jelebu yang menjadi tiang sandaran Luak Jelebu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut memaklumkan laporan polis dibuat oleh Datuk-Datuk Lembaga Adat Luak Jelebu pada 12 Oktober lalu bagi membantah penganjuran istiadat tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Lembaga Adat Luak Jelebu menegaskan, sebarang keputusan atau ketetapan awal yang menyentuh institusi Undang Luak Jelebu masih tertakluk kepada pertikaian undang-undang dan adat yang belum diselesaikan sepenuhnya.

Sehubungan itu, lembaga berkenaan menyeru anak buah luak dan masyarakat umum supaya tidak terkeliru dengan istiadat berkenaan.

Lembaga itu turut menegaskan komitmennya mempertahankan kedaulatan aturan adat bagi memelihara maruah, keutuhan dan keharmonian institusi beraja serta institusi luak daripada sebarang campur tangan yang didakwa melanggar tradisi turun-temurun. –



Tiada ulasan: