Khamis, 26 November 2026

BERSEDIA ! MUSIM BANJIR SAMPAI


MUSIM BANJIR

WAJIB BERSEDIA

AMIN



Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga ahad


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu hingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan di Kelantan, kawasan yang terbabit meliputi Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.

Analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di timur Semenanjung hingga Ahad ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kedua-dua negeri berkenaan sepanjang tempoh itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang serta media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi mudah alih myCuaca.

Tiada ulasan: