Ahad, 8 November 2026

KEMBOJA PUSAT SCAM


KEMBOJA SIAM

MYANMAR

JADI PUSAT SCAM

AMIN

ADA 23,760

WARGA ASING

DI PERANGKAP

AMIN

ADA BERAPA

WARGA DARI

MALAYSIA?

KHALAS


Kemboja banteras 972 operasi penipuan dalam talian, hantar pulang 23,760 warga asing


PHNOM PENH: Pihak berkuasa Kemboja mengambil tindakan tegas terhadap 972 operasi penipuan dalam talian dan menghantar pulang 23,760 warga asing antara Julai 2025 hingga Oktober 2026, lapor Xinhua.

Menurut Suruhanjaya Membanteras Penipuan Dalam Talian (CCOS) dalam satu kenyataan, semalam, pihak berkuasa membatalkan 18 lesen kasino dan menggantung 10 lagi sepanjang operasi penguatkuasaan itu.

Seramai 5,032 suspek telah didakwa dan direman sementara menunggu perbicaraan.

Agensi penguatkuasaan undang-undang turut membekukan lebih AS$300 juta dalam akaun bank, selain aset alih dan tidak alih bernilai ratusan juta dolar.

Aset berkenaan kini tertakluk kepada prosiding pelucuthakan mengikut undang-undang.

Angka itu didedahkan oleh Menteri Kanan yang juga pegawai CCOS, Chhay Sinarith, dalam satu taklimat pada Jumaat lalu.

Sinarith menegaskan Kemboja sedang menjalankan siasatan mendalam dan bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa bagi membanteras sindiket jenayah rentas sempadan hingga ke akar umbi.


Tiada ulasan: