Sabtu, 14 November 2026

NAK RASA JADI JUTAWAN


NAK RASA

JADI JUTAWAN

SILA TERBANG

KE MEDAN BALI

JAKARTA DUMAI

AMIN

RASAKAN

NIKMATNYA

KHALAS


Rupiah merosot, Indonesia jamin subsidi bahan api kekal hingga akhir tahun


JAKARTA: Indonesia memberi jaminan subsidi bahan api negara itu kekal terjamin sehingga akhir tahun ini, meskipun nilai rupiah terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto, berkata pada penutupan dagangan hari ini, rupiah susut 90 mata atau 0.50 peratus kepada Rp18,239 (RM1.73) bagi setiap dolar AS, berbanding paras penutupan sebelumnya iaitu Rp18,149 (RM1.71) bagi setiap dolar AS.

"Kami melihat berlaku turun naik, namun selagi harga minyak global kekal dalam lingkungan AS$92 (RM370.21) hingga AS$93 (RM374.26) satu tong dan nilai rupiah berada pada paras semasa, subsidi bahan api akan kekal terjamin sehingga Disember," katanya, lapor ANTARA.

Selain itu, kerajaan sudah membuat pengiraan dan memberi jaminan bahawa Belanjawan Negara mampu menampung kenaikan harga minyak global, termasuk sekiranya harga purata minyak mencecah AS$100 (RM 402.72) satu tong sepanjang tahun ini susulan tercetusnya konflik antara AS dan Iran pada awal 2026.

Belanjawan Negara 2026 pada asalnya dirangka berdasarkan andaian makroekonomi dengan harga Minyak Mentah Indonesia (ICP) pada AS$70 (RM280.86) satu tong dan kadar pertukaran mata wang Rp16,500 (RM1.35) bagi setiap dolar AS.

Airlangga berkata, kerajaan terus memantau prestasi rupiah dengan mengambil kira dinamika politik domestik serta perkembangan geopolitik global.

"Sememangnya, kami menyedari pelbagai sentimen mungkin mempengaruhi nilai rupiah. Kami akan menunggu dan memerhatikan perkembangan seterusnya kerana nilai dolar tidak ditentukan oleh pergerakan dalam tempoh sehari sahaja, sebaliknya berdasarkan trend terkumpul," katanya.

Beliau turut berharap asas ekonomi Indonesia kekal kukuh, khususnya menerusi aktiviti ekonomi di peringkat masyarakat.

"Kami berharap dengan asas ekonomi yang semakin matang, sebarang ketidaktentuan geopolitik atau politik domestik dapat diredakan menerusi aktiviti ekonomi," katanya. - AGENSI


Tiada ulasan: