POLITIK MALAYSIA
AKAN DIBELI
OLEH CUKONG &
KORPORAT MAFIA
AMIN
DI AMERIKA LATIN
POLITIK DI BELI
OLEH MAFIA DADAH
KHALAS
KUALA LUMPUR: Pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Rafizi Ramli tiba di Bukit Aman sebentar tadi untuk memberi keterangan berhubung ucapannya pada ceramah di Selayang yang menyentuh isu 'mafia korporat' pada 20 Oktober lalu.
Bekas Menteri Ekonomi itu yang tiba kira-kira 11 pagi sempat bercakap kepada wartawan di luar ibu pejabat polis persekutuan itu, sebelum memasuki kawasan berkenaan.
Beliau mengesahkan bahawa polis memanggilnya untuk memberikan keterangan berhubung kenyataan yang dibuat menerusi ucapan berkenaan.
"Saya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung ucapan yang disampaikan di Selayang pada 20 Oktober," kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.
Rafizi memberi jaminan akan bekerjasama dengan pihak penyiasat dan menyerahkan sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkembangan siasatan kepada polis.
Difahamkan, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500 dan 505 Kanun Keseksaan, masing-masing berkaitan kesalahan fitnah dan kenyataan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.
Kedua-dua seksyen memperuntukkan hukuman termasuk penjara, denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan Rafizi mendakwa siasatan terhadapnya serupa dengan tindakan undang-undang dihadapinya selepas beliau mendedahkan isu membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Tabung Haji, FELDA dan National Feedlot Corporation (NFC).
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga menuduh kerajaan cuba mengugutnya melalui siasatan berkenaan.
Ucapan Rafizi pada 20 Oktober turut menyentuh mengenai satu kes mahkamah yang membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan