RAKYAT TERUS
BERSIMPATI
DENGAN TUN
AMIN
Pusara Tun Siti Hasmah terus diziarahi, Tun M berterima kasih
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak dapat sering ke pusara arwah isterinya, Allahyarham Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan bertemu dengan orang ramai yang datang menziarah.
Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab satu persatu surat-surat dan ucapan-ucapan takziah yang diterima.
“Saya cuba jawab seberapa mampu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, menurut Dr Mahathir, meskipun Allahyarham Dr Siti Hasmah sudah meninggal dunia sebulan lalu, namun masih ramai yang mengunjungi pusaranya.
Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk arwah isterinya itu.
Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.20 pagi, pada 28 September lalu, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.
Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 100 tahun itu disemadikan dengan penuh penghormatan melalui Istiadat Pengebumian Bertaraf Pembesar Negara sekitar jam 6.30 petang pada hari sama. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan