Selasa, 24 November 2026

RUNTUHKAN KELUARGA SAUD


LUASKAN PERANG

GULING KERJAAN

KELUARGA SAUD

AMIN

UMAT  ISLAM

AKAN MAJU

KHALAS


Serangan Arab Saudi ragut 25 nyawa di Yaman

SANAA: Serangan Arab Saudi ke atas bas dan trak mengorbankan kira-kira 25 orang di barat daya Yaman, menurut agensi berita yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Houthi, hari ini.

"Jumlah korban akibat serangan pesawat musuh Saudi yang menyasarkan bas dan trak di Wadi Mabaq, wilayah Lahj meningkat kepada 25 orang sama ada mereka terkorban atau hilang, manakala enam lagi cedera," lapor agensi berita Saba yang dikendalikan Houthi.

Agensi itu turut memaklumkan, kehadiran berterusan pesawat tentera Arab Saudi di ruang udara kawasan berkenaan turut menjejaskan usaha menyelamat.

Semalam, jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, menyatakan mengenai serangan itu tanpa memberikan angka korban, namun berikrar tindakan itu tidak akan dibiarkan tanpa balasan.

Sementara itu, menurut Kementerian Telekomunikasi Houthi, serangan berasingan pada semalam juga mengorbankan 17 orang dan memusnahkan beberapa bangunan di wilayah pesisir pantai bersebelahan, Hodeida.

Yaman yang terjerumus dalam perang saudara lebih sedekad lalu, turut terheret ke dalam konflik lebih besar di antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran pada Julai lalu, susulan kegagalan gencatan senjata di antara Houthi dengan kerajaan yang disokong Arab Saudi runtuh. - AFP

Tiada ulasan: