Selasa, 3 November 2026

AMERIKA DAH MULA SERANG IRAN ?


AMERIKA DAH MULA

SERANG IRAN?

AMIN

CUKONG & KORPORAT MAFIA

POLITIK MALAYSIA

AKAN DIBELI

OLEH CUKONG &

KORPORAT MAFIA

AMIN

DI AMERIKA LATIN

POLITIK DI BELI

OLEH MAFIA DADAH

KHALAS


Isu 'mafia korporat': Rafizi tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan


KUALA LUMPUR: Pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA),  Rafizi Ramli tiba di Bukit Aman sebentar tadi untuk memberi keterangan berhubung ucapannya pada ceramah di Selayang yang menyentuh isu 'mafia korporat' pada 20 Oktober lalu.

Bekas Menteri Ekonomi itu yang tiba kira-kira 11 pagi sempat bercakap kepada wartawan di luar ibu pejabat polis persekutuan itu, sebelum memasuki kawasan berkenaan.

Beliau mengesahkan bahawa polis memanggilnya untuk memberikan keterangan berhubung kenyataan yang dibuat menerusi ucapan berkenaan.

"Saya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung ucapan yang disampaikan di Selayang pada 20 Oktober," kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.

Rafizi memberi jaminan akan bekerjasama dengan pihak penyiasat dan menyerahkan sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkembangan siasatan kepada polis.

Difahamkan, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500 dan 505 Kanun Keseksaan, masing-masing berkaitan kesalahan fitnah dan kenyataan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

Kedua-dua seksyen memperuntukkan hukuman termasuk penjara, denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan Rafizi mendakwa siasatan terhadapnya serupa dengan tindakan undang-undang dihadapinya selepas beliau mendedahkan isu membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Tabung Haji, FELDA dan National Feedlot Corporation (NFC).

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga menuduh kerajaan cuba mengugutnya melalui siasatan berkenaan.

Ucapan Rafizi pada 20 Oktober turut menyentuh mengenai satu kes mahkamah yang membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, Mohd Shuhaily Mohd Zain.


JANGAN GUNA KAUM FEUDAL


JANGAN GUNA

KAUM FEUDAL

DALAM POLITIK

KHALAS 

MAFIA DADAH & MAFIA KORPORAT


KERAJAAN

SIERRA LEONE

DI BELI OLEH

MAFIA DADAH

KHALAS

KERAJAAN

MALAYSIA DIBELI

OLEH

MAFIA KORPORAT?

KHALAS?


Belanda tawar ganjaran rekod 2 juta euro buru raja dadah paling dikehendaki


AMSTERDAM: Pihak berkuasa Belanda menawarkan ganjaran rekod sebanyak 2 juta euro (kira-kira RM9.13 juta) bagi maklumat yang membawa kepada penahanan Jos Leijdekkers.

Dia adalah antara buruan paling dikehendaki di Eropah yang dikaitkan dengan sindiket penyeludupan kokain antarabangsa.

Leijdekkers, 35, yang turut dikenali dengan gelaran 'Bolle Jos' atau 'Jos Gemuk', sebelum ini disifatkan polis Belanda sebagai antara pemain utama dalam rangkaian pengedaran kokain antarabangsa.

Menteri Kehakiman Belanda, David van Weel, berkata keputusan menaikkan ganjaran sepuluh kali ganda itu dibuat kerana ancaman yang dibawa Leijdekkers terhadap keselamatan negara, kedaulatan undang-undang serta ketenteraman perundangan antarabangsa.

Pendakwa raya Belanda pula menegaskan bahawa penangkapan Leijdekkers menjadi keutamaan tertinggi pihak berkuasa, sambil memberi jaminan bahawa sebarang maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan.

Leijdekkers turut tersenarai dalam senarai individu paling dikehendaki oleh Europol, agensi penguat kuasa Kesatuan Eropah (EU).

Pada Januari 2025, polis Belanda memaklumkan mereka percaya Leijdekkers sedang bersembunyi di Sierra Leone dan menggunakan identiti baharu dengan nama Omar Sherrif.

Beberapa gambar yang muncul sebelum ini dikatakan menunjukkan beliau berada bersama Presiden Sierra Leone, Julius Maada Bio, serta beberapa pegawai kanan negara itu.

Belanda telah berulang kali menuntut ekstradisi Leijdekkers, namun Sierra Leone dilaporkan enggan memberikan kerjasama.

Ketegangan itu turut mendorong EU mengurangkan sebahagian bantuan kepada negara Afrika Barat berkenaan.

Afrika Barat sejak sekian lama dikenal pasti sebagai laluan transit utama bagi penyeludupan kokain dari Amerika Latin ke pasaran Eropah.

Pada tahun 2024, sebuah mahkamah di Rotterdam menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun terhadap Leijdekkers secara in absentia selepas beliau didapati bersalah menyeludup lebih tujuh tan kokain.

Selain itu, beberapa siasatan lain yang membabitkannya masih berjalan di Belanda.

Di Belgium, Leijdekkers turut dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 79 tahun atas pelbagai kesalahan berkaitan jenayah terancang.

Pihak berkuasa Belanda menganggarkan beliau meraih keuntungan puluhan juta euro daripada kegiatan penyeludupan kokain, selain menuduhnya terbabit dalam pengubahan wang haram.

Dia juga menggunakan keganasan melampau untuk melindungi operasi jenayahnya. - AGENSI


APA MAKNA UNITED FRONT


APAKAH MAKNA

UNITED FRONT


Barisan Bersatu - UNITED FRONT -  merupakan satu strategi politik dan ketenteraan yang menyaksikan kumpulan revolusioner atau komunis membentuk pakatan sementara dengan kelas, parti politik, atau puak pekerja lain bagi menentang musuh bersama, sambil mengekalkan kebebasan organisasi dan ideologi mereka sendiri.

TAKTIK
"Bergerak  secara berasingan, menyerang secara bersama": Pertubuhan-pertubuhan bekerjasama dalam perjuangan yang khusus dan praktikal (seperti menentang fasisme, peperangan, atau imperialisme atau menggulingkan kerajaan zalim seperti kerajaan Madani) tanpa menggabungkan program masing-masing atau mengorbankan kebebasan untuk mengkritik.

• Asal usul: Dikonsepkan secara rasmi dan dipromosikan oleh Komunis Antarabangsa (Comintern) pada tahun 1921–1922 susulan Revolusi Rusia, dengan mengambil inspirasi daripada taktik-taktik terdahulu oleh tokoh-tokoh seperti Vladimir Lenin dan Leon Trotsky.

• Matlamat: Untuk menarik pekerja yang bukan revolusioner atau berhaluan reformis (dan kadangkala lapisan masyarakat yang lebih luas) ke dalam tindakan massa, sekali gus menunjukkan keunggulan kepimpinan revolusioner melalui pengalaman, bukan sekadar melalui propaganda. 

Justeru, bersama-sama bersatu dengan siapa saja untuk melawan Anwar bin Ibrahim.

GUNAKAN TEORI UNITED FRONT


SAKAI BIDUANDA

PAKAI TEORI

UNITED FRONT

AMIN

KENALI MUSUH

UTAMA

AMIN

KERJASAMA 

DENGAN

SEMUA YANG

HARI INI 

LAWAN MUSUH

UTAMA 

 ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS

Unknown commented on 
"KENALI MUSUH UTAMA"

sakai biduanda yang gila! duduklah dalam hutan belantara! ini menyibuk merempat di brickfields. kah kah kah!


Unknown commented on
 "KENALI MUSUH UTAMA"

Jangan lupa sakai ini mulakan tukar tiub untuk Anwar Ibrahim dahulu? Sakai berubah-ubah perangai mengikut situasi, sekejap hentam Mahathir sekejap hentam Rosmah sekejap hentam Najib sekejap kutuk sini sekejap kutuk Hadi tetapi lama kelamaan lesu mengutuk Hadi Awang kerana mungkin sudah tahu masa untuk terbang dengan tiket PAS? 

Apapun orang-orang sebegini tidak ada pendidikan pendirian tetap asyik pusing-pusing macam ular kah kah kah hanya anjing kurap jalanan boleh hidup bersama dia kah kah kah kah