Selasa, 1 September 2015

PARTI HARAPAN BARU








PARTI

AMANAH

NEGARA

PARTI BARU 

LANCARKAN AMBIL 

ALIH PARTI PEKERJA

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) sebentar tadi Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Pelancaran PAN ini memang dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui nama dan hala tuju parti baru yang bakal ditubuhkan.

Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambil alih ialah Parti Pekerja. Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Protem Parti Pekerja ini akan mengumumkan perlembagaan dan nama parti pada 16 September 2015. Pihak protem Parti Pekerja ini sedang giat menggubal perlembagaan parti baru ini.

Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi ianya mendapat sokongan padu dari DAP dan PKR serta NGO-NGO di Malaysia. Ia terbukti apabila program-program GHB mendapat sokongan dari DAP, PKR, NGO dan rakyat Malaysia pada program road show yang dianjurkan oleh GHB.

Begitu juga dalam himpunan BERSIH 4.0 semalam GHB dilihat mendapat sokongan padu dari demonstran yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN):
Penasihat Umum : Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi : Hj Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub
Naib Pengerusi :
Dato' Dr Mujahid Yusof
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir
Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari : Hj Asmuni Awi
Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat
Ahli Jawatankuasa :
Dr Mohd Hatta Ramli
Ir Khalid Samad
Ir Izham Jashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato' Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungib
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Dato Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin

--------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi ianya mendapat sokongan padu dari DAP dan PKR serta NGO-NGO di Malaysia."

sepatutnya macam ni ayat dia

"Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi ianya MENGIKUT TELUNJUK DAP dan PKR serta NGO-NGO di Malaysia."

abrarmujahideen berkata...

Nama Dr.Dzulkefly tercicir ker???'

Tanpa Nama berkata...

Sudah AGAK dah.....

Mat Bahalol tak lulus Parti GHB punyea

Orang orang Melayu kan kuat dengki tak boleh tengok orang senang.

Kan Bebudak BAHALOL kerja kat Gomen tu.

Tahniah PAN !!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Betapa bertuahnya seluruh rakyat malaysia. Negara unik kaya raya. Negara majmuk masyaratkatnya. Mendapat dahan baru tempat bermanja. Mat Sabu pula jadi tok ketua. Dia diterima lagi disanjungi di mana2. Semua bangsa kasih kepadanya.

16 september ini akan tiba. Berjuta2 rakyat akan menyambutnya. Gumuruh sorak gegak gempita, semua rakyat sangat gembira.

Mat Sabu jadi kepala negara? Itulah hasrat semua. Kerana yang pandai2 sudah tiada. Dah duduk senyap2 merembat harta. Kerana rakyat nak tengok pula, orang kecik jadi ketua negara.

Parti amanah negara. Ganti pas yang caca merba. Semua dah berjanji hendak buat kerja. Tak mahu sekali2 merembat harta. Tak mahu sekali2 buat aniaya. Tiap2 rakyat akan dapat haknya. Rakyat pula sunggguh2 bina negara. Sekejap saja negara kaya. Jadi sanjungan dalam dunia. Kita dihormati semula.

Mat sabu. Bang mat memang best gila..

Tanpa Nama berkata...

bravo

panglimo potaseh berkata...

Sampailah masanye kita sebarkan Islam bukan tegakan Islam sesama Islam .. kalu nak tegak jugak biarlah kontol saja yg tegak, lepas tu pancut ke muka sendiri.

Sampailah masanya kita rapat dengan kafir China .. cerita dgn amoi amoi itu tentang Islam, betapa Islam itu endah, aidil ... tak picaya kasi telai dulu cala dan gaya Islam ... bila lasa atak syok balu bule masuk ... takde paksaan.