Isnin, 23 Oktober 2017

RAJA DAN GULUNGAN MUDA








YA AMPOON

BETUL KE MAKIN

RAMAI ANAK MUDA

TAK MINAT

DENGAN RAJA?

Golongan muda dinasihati fahami, hormati Institusi Raja

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan kerisauan baginda melihat generasi muda kini yang terlalu cetek pemahaman, hilang minat dan kurang pengetahuan terhadap institusi beraja.

Bertitah pada Majlis Konvokesyen ke-14 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini, Tengku Abdullah menjelaskan perkara berkenaan secara langsung menyebabkan golongan itu kini memandang remeh terhadap peranan institusi beraja.

Malah yang lebih menyedihkan ialah apabila ada yang tidak menghargai peranan institusi beraja ini dan merasakan bahawa ia tidak lagi relevan dalam era globalisasi.

Tidak kurang juga wujudnya golongan yang berkepentingan peribadi sering kali menyalahgunakan platform media sosial, menyebarkan berita palsu serta tohmahan terhadap institusi beraja sehinggakan tiada lagi hormat, hilang sudah adat, titah baginda.

Tengku Abdullah, yang juga Canselor UniKL, bertitah institusi beraja di negara ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

Bukan hanya sekadar menjadi lambang adat dan kesinambungan sejarah, yang lebih utama ialah mengekalkan identiti bangsa negara, memayungi rakyat sentiasa, agar kegemilangan dan kedaulatan negara kekal terpelihara, titah baginda.

Baginda turut bertitah menyeru agar anak-anak muda melihat dan menilai semula setiap ayat dan perkataan dalam Perlembagaan negara dengan lebih mendalam untuk memahami dan merasai kepentingannya.

Beta harap juga tidak ada pihak-pihak tertentu khususnya badan politik dengan sesukanya menukar Perlembagaan yang sedia ada yang telah lama kita dapat hayati dengan sedalamnya, titah baginda.

Pemangku Raja Pahang itu juga bertitah meminta agar anak muda memahami salasilah kewujudan institusi beraja serta kepentingan institusi tersebut kepada negara ini.

KENAPA 

ANAK MUDA

MENYAMPAH 

DENGAN RAJA

SAJE TANYA

YA AMPOOON

JANGAN MARAH

NANTI DAPAT

MAKAN FREE

KAH KAH KAH





----------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Aku seru anak muda untuk hormat Raja opp.. Raja2. Dapat sembah bagindo, pon dah kira ok lah.. tak payah sembah jalan gostan macam gwa buat ..kahkahkah.

Anak muda mungkin kurang paham peranan Pemegang Botol Besar ini. Nanti satu hari Raja mogok buat2 tak nampak anak bulan Syawal ..baru padan muka anak muda ini. Tak dapat raya ..kahkahkah.

Awanama berkata...

Melentur buluh biarlah waktu rebung



dah terLAMBAT ENAM PULUH TAHUN!

tunggu jadi RE:BAR_lick ajer!



kenapa MAO sepoluh kerabat untok tiga poluh juta penduduk?
kat dunia.....tak sampai seratos kerabat PON!
kenapa MAO kerabat yang makan free ajer!

Awanama berkata...

Keh keh keh...muka tak malu, muka freeloader...ada hati nk minta hormat....amputtt tuanku, eh salah ampun tuanku