Isnin, 6 Januari 2020

SEMUA BERES





SAP SAP SIU

INI SEMUA

SENANG KIRA

BOLEH BERES

INI KES BISKUT

MASUK AIR

DAH LEMBUT

TAPI...

TAPI APA?

Anwar perlu lalui 4 proses 

sebelum jadi perdana menteri

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim perlu melalui beberapa proses untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri walaupun sudah ada perjanjian Pakatan Harapan (PH).

Pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz, berkata terdapat empat proses yang Presiden PKR itu harus lalui sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Menurut pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, yang pertama adalah mesti ada kekosongan rasmi bagi jawatan Perdana Menteri sama ada melalui proses peletakan jawatan sekalipun.

“Kedua, calon yang mahu diangkat menduduki jawatan itu adalah dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Ketiga, calon Perdana Menteri itu perlu mendapatkan undi majoriti mudah iaitu sokongan daripada 112 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Keempat yang paling penting adalah Yang di-Pertuan Agong memutuskan perkara itu berdasarkan penghakimannya bahawa calon Perdana Menteri mempunyai sokongan dan kepercayaan majoriti undi daripada Ahli Parlimen,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Berdasarkan jumlah kerusi Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang menguasai 128 daripada 222 kerusi Parlimen, Anwar tidak berhadapan dengan masalah untuk meraih sokongan di Dewan Rakyat bagi membolehkan Ahli Parlimen Port Dickson itu dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ketika ini, 16 kerusi Parlimen dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); 11 milik Parti Amanah Negara (AMANAH); DAP (42); PKR (50) dan baki sembilan lagi melalui Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Isu peralihan kuasa itu kembali timbul selepas beberapa perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berbahas pada perhimpunan agung parti hujung minggu lalu mengusulkan agar Dr Mahathir memanjangkan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU menegaskan beliau seseorang yang berpegang kepada janji dan ia perlu ditepati.


TAPI KALAU

SEMUA BERES

SAP SAP SUI

MENGAPA BERATIP

TIAP HARI?

MESTI ADA PEKARA

PISANG TESOROK 

MUSTAHIL

JENG JENG JENG

GURU NANAK 

PUN TAK TAHU
KAH KAH KAH





------------

2 ulasan:

azam berkata...

Kau jangan jadi bangang, Hisham.
Yang pertama tu dah tentu salah.
Jika DSAI dapat sokongan majoriti MP,
Automatik jawatan PM kosong,
Jawatan PM terlucut jika DSAI dapat sokongan majoriti MP.

Awanama berkata...

Proses untuk menjamin kerja propessor kangkong cuma ada 2: (1) bodek dan jilat sampai berkilat, (2) bila buat silap, contoh: ICERD, masuk balek dalam gua dan duduk ontok-ontok, bila orang dah lupa, ulang proses nombor 1.