Isnin, 23 Mac 2020

PETANG KELMARIN NASI PANGGUNG






PETANG AHAD

KELMARIN

NASI PANGGUNG
Dengan kekuatan paling minima hari ini, kami berjaya menyediakan 200 bungkus mihun goreng, nasi lemak, hand sanitizer, sabun & air mineral dan telah selamat diagihkan petang tadi. 3 orang memasak, 4 orang membungkus, dan 8 orang team agihan, semuanya kumpulan yang berbeza untuk mengurangkan risiko.

Di Jalan Panggung, agihan telah habis dalam masa kurang sejam, namun kali ini dengan jumlah warga miskin kota yang jauh lebih ramai dari biasa. Bagi mengurangkan risiko berkumpul, team agihan telah berpecah kepada beberapa kumpulan untuk serahan, maka tidak berlaku isu beratur atau berkumpul beramai-ramai.
                                 MAKLUMAN PENTING: 
Setelah beberapa hari pemerhatian, dan keterpaksaan beberapa NGO lain untuk menghentikan operasi, kami & beberapa NGO lain telah diberi peluang bertemu pihak berkuasa dan telah diberi kelonggaran serta bantuan/pemantauan pihak berkuasa untuk terus membantu warga miskin kota yang begitu teruk terkesan sekarang ini.
NGO lain yang dibenarkan beroperasi hanyalah yang memang berjadual setiap minggu, dan hanya beberapa tempat agihan sahaja dibenarkan seperti yang ditetapkan pihak berkuasa.
Buat masa ini, bantuan yang diharapkan hanyalah sumbangan wang/barang keperluan. Bukan sahaja kepada kami, tetapi kepada lain-lain NGO yang mempunyai hari dan tempat tersendiri untuk agihan/bantuan.
Untuk sumbangan wang, silakan menderma ke 800 898 4696 CIMB Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur

Harap maklum, kami tidak membenarkan penglibatan sukarelawan luar, hanya core team DJKL. Kami sendiri harus mematuhi tatacara tegas dan akan dibantu/pantau pihak berkuasa untuk crowd control. Silalah bekerjasama dgn NGO lain yang dibenarkan jika ingin membantu.

Terima kasih kepada rakan NGO lain yang telah membantu. Juga terima kasih buat semua yang telah menderma wang dan barang keperluan!
Akhir kata, kami akan terus membantu warga miskin kota selagi mampu, fikirkanlah nasib golongan paling berisiko tinggi ini sementara kita sedang enak di rumah beratap, punya netflix dan punya makanan, tu pun susah lagi nak paksa korang duduk rumah! Salam hormat buat semua frontliners yang perlu bertugas!





----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wei bila nak berhenti skim kebajikan ini? Sampai bila nak bagi Melayu malas ? Makan nak free, berak nak tanggung, pencuri kena bagi eskot, penyamun kena bagi Datuk Seri, bila nak berubah ? Asyik style lama saja, yang pengemis yang tiada makanan tu, suruh bekerja sapu lantai ker, cuci pinggan ker, apa saja lah kerja ikut kemampuan fizikal,.kalau asyik bagi free jadi bonsai kaku semak beban kepada diri dan orang lain, budaya minta semua free kena ubah, bukan tidak prihatin, bukan kejam tapi realistic, ajar orang berusaha, ajar orang bekerja bukan budaya makan tanggung berak cangkung, kan dah ramai kat atas tu begitu kah kah kah apa pun syabas kepada yang sudi menyumbang kerana faham kesusahan orang lain yang tiada makanan, puak puak kaya dok membazir makanan ikut sedap selera macam Kak Mah kah kah kah habis beras satu negara jadi miskin papa kedana tanggung mereka kah kah kah