Khamis, 29 September 2022

BAHAYA CHINA MERAH MAKIN JELAS MAKIN TERBUKTI



Kerajaan kena komited tangani pencerobohan China – Rozman

KUALA LUMPUR – Isu pencerobohan tentera China di sempadan perairan negara di Laut China Laut Selatan ketika ini cukup membimbangkan.

Malah untuk rekod, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesan sebanyak 23 kes berlaku di Zon Eksklusif Negara (EEZ) sepanjang 2021.

Ahli Parlimen Labuan,  Rozman Isli risau statistik serta berita-berita berkaitan isu itu namun tidak pasti adakah perkara itu menjadi satu keutamaan kepada kerajaan untuk menanganinya secara tegas.

Kata beliau, sepatutnya pada masa ini, kerajaan sudah menunjukkan komitmen menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan tentera China tidak sesuka hati mencerobohi sempadan dan perairan negara.

“China kebelakangan ini agak aktif melalui aktiviti ketenteraan dan penguatkuasaan maritim di Laut China Selatan hingga menganggu aktiviti perikanan serta industri minyak dan gas negara.Ketika ini kita perlu serius situasi ini dengan memperkukuhkan aspek ketenteraan di sempadan kita khususnya di perairan Sabah dan Sarawak.

“Sudah berkali-kali kita dengar alasan China mengenai tindakan mereka itu untuk ‘menjamin hak, kepentingan dan kedaulatan Negara China’ tetapi bagaimana dengan hak serta kedaulatan Malaysia? Kerajaan perlu buktikan kita peka soal keselamatan, kedaulatan negara di Laut China Selatan dengan lebih tegas,” katanya.

Rozman yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan berkata, situasi di Laut China Selatan dijangka semakin tegang susulan kunjungan Speaker Dewan perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke Taiwan.

Dedahnya lagi, ada kunjungan beberapa anggota Parlimen Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan Disember ini sekaligus dikhuatiri bakal meningkatkan lagi ketegangan tersebut.

“Kita sendiri dapat saksikan tentera China People’s Liberation Army (PLA) telah mengadakan lima latihan ketenteraan bersenjata di perairan Laut China Selatan antara 27 hingga 31 Julai lalu, beberapa hari sebelum kunjungan Pelosi ke Asia. Masa itu, AS pula hantar kapal perang USS Ronald Reagan ke Laut China Selatan.

“Apakah kita tidak perlu bimbang? Sepatutnya kita perlu ambil serius termasuk memantau perkembangan yang berlaku di Taiwan kerana situasi itu akan turut memberi impak dI Laut China Selatan,” tegasnya.

laut-china-selatan-2-1024x683Tambah beliau, China juga dikhuatiri akan terus meningkatkan aktiviti ketenteraan sekitar Laut China Selatan termasuk di kawasan milik Malaysia serta kawasan-kawasan yang masih dalam pertikaian malah semakin membimbangkan apabila ada laporan aktiviti tentera China.

“Terbaharu, sebuah pesawat milik Tentera Udara Australia telah dipintas secara berbahaya oleh jet China hingga membahayakan pesawat dan nyawa anak kapal tersebut.

“Perkembangan itu menunjukkan Malaysia harus siap sedia khususnya patrol koordinasi laut, udara dan darat bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya konflik tercetus di Laut China Selatan,” katanya. 

TAHNIAH ROZMAN

TAHNIAH WARISAN

AMIN

 JELAS TERBUKTI

BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN

SEMUA RAKYAT

WAJIB SOKONG

KERAJAAN BILA

HADAPI MUSUH

BESAR

AMIN

HISHAM HUSIN

WAJIB DIKAWAL

KERANA SIKAP

PRO CHINA MERAH

AMIN

CHINA MERAH

MASIH ADA AGENDA

DENGAN NAJIB

ITU SEBAB TAK

HANTAR JO LO

KE MALAYSIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: