Ahad, 12 Februari 2023

AGENDA DAP TERBONGKAR


Pakatan jangan hina penjawat awam 


SAYA membaca tulisan P Ramasamy bertajuk “Ossified public service badly in need of reform”. Dalam ayat mudahnya Ramasamy berkata perkhidmatan awam Malaysia lapuk atau tepu dan amat perlu direformasikan. 

Tulisan Ramasamy mengaitkan jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai dan didominasi oleh orang Melayu adalah punca yang menyebabkan perkhidmatan awam menjadi lapuk atau tepu.


Beliau seterusnya mendesak supaya “dominasi Melayu” dalam perkhidmatan awam dihentikan. 

Jadi hujah Ramasamy ialah: perkhidmatan awam lapuk atau tepu—- puncanya kerana perkhidmatan awam didominasi oleh orang Melayu—penyelesaiannya ialah untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim pecahkan dominasi tersebut. 

Ini satu penghinaan kepada perkhidmatan awam dan orang Melayu! 

Namun, saya tidak terkejut dengan kenyataan Ramasamy. Itulah suara hati DAP yang kita tahu amat alergik kepada sesuatu yang didominasi oleh orang Melayu.

Apabila DAP menguasai kerajaan, sudah tentulah usaha untuk memecahkan dominasi ini menjadi tumpuan utama mereka.

Perjuangan rasisme atau perkauman melampau sebegini jika tidak dibentung boleh menghancurkan masa depan tanah air yang tercinta ini. 

Walaupun DAP cuba menunjukkan kononnya mereka bersemangat Malaysia dan menghormati masyarakat pelbagai kaum, sikap rasis itu ternyata masih amat tebal dalam diri mereka. 

Adakah perkhidmatan awam di Malaysia menindas kaum bukan Melayu? Saya fikir kalau benar begitu, Ramasamy pun tak boleh jadi profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana ia “didominasi” oleh orang Melayu.

Selain Ramasamy, ramai juga profesor bukan Melayu di UKM, iaitu sebuah universiti yang ditubuhkan atas semangat kebangsaan Melayu. 

Begitu juga di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang lain. Ramai pegawai bukan Melayu diterima masuk dalam perkhidmatan awam dan dinaikkan pangkat atas merit serta kecemerlangan perkhidmatan mereka.

Ada yang jadi KSU, TKSU, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah. Ada juga yang menjadi SME dalam bidang kepakaran masing-masing. Ini bukan perkara baharu. 

Sekarang Ramasamy mahu kerajaan campuran PH-Barisan Nasional (BN) ini melakukan reformasi dalam perkhidmatan awam.

Kita tahu reformasi bagi DAP hanyalah istilah untuk menghalalkan rombakan besar-besaran kepada asas-asas kenegaraan dan perlembagaan negara yang sekian lama menjadi pasak yang mengekalkan keharmonian Malaysia sebagai sebuah negara majmuk. 

Seperti yang dijangka, Anwar tentunya tidak akan “reprimand” Ramasamy.

Kata beliau sepertimana yang dipetik Malaysiakini, “Tapi kita jangan melarang orang bercakap, memberi pandangan. Boleh (beri pandangan) tapi ia tidak mempengaruhi keputusan DAP dan tidak mempengaruhi keputusan kerajaan”. 

Perdana menteri tentunya sukar untuk berkeras dengan DAP kerana parti tersebut mempunyai jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan campuran PH-BN.

Keberadaan Anwar sebagai perdana menteri adalah atas ihsan DAP.

Maka untuk kekal sebagai perdana menteri, hubungan dengan DAP serta aspirasi parti itu mestilah diberi keutamaan. 

Cuba bayangkan sekiranya perkara yang menyentuh kaum lain disentuh oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN), tentulah berduyun-duyun pemimpin gabungan PH-BN akan menuduh PN sebagai rasis.

Tapi bila Abang Besar DAP bersuara yang jelas bersikap perkauman, tiada pula yang kata Abang Besar ini rasis! 

Cuma saya nak cakap, kita boleh baca “grand design” kerajaan PH yang di dalamnya ada DAP ini. 

Sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya! – 12 Februari, 2023.

* Radzi Jidin,
 bekas menteri pendidikan. 

WOIT

INI AGENDA DAP

AMIN

DULU  AGENDA INI

TONY  PUA

MASA JADI SETPOL

GUAN ENG ADA

BACAKAP PEKARA 

YANG SAMA

AMIN

INI DASAR NEOCON

SEMUA NAK DISWASTA

MALAH ADA 

RANCANGAN DAP

NAK SWASTAKAN

HOSPITAL

AMIN

TONI PUA CADANG

GUNA PAKAI

INSURAN

AMIN

DAP TAK SEDAR

DI GERMAN

MAJORITI 

PEGAWAAI KERAJAAN

ADALAH GERMAN

BUKAN TURK

WALAU PUN 13%

WARGA GERMAN

ORANG  TURKI DLL

AMIN

DI UK MAJORITI

PEJAWAT AWAM

MAJORITI ORANG

INGGERIS

BUKAN PAKI ATAU 

AFRIKKA ATAU INDIA  

WALAU PUN 18%

WARGA NEGARA

ORANG  KULIT ITAM

AMIN

DI FRANCE MAJORITI

PEGAWAI KERAJAAN

FRENCH BUKAN

ARAB ATAU AFRIKAN

WALAU PUN 15%

ORANG ITAM DUDUK

DI FRANCE

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Celaka dap